Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • MOTAC gesa perluasan laluan penerbangan baharu dengan Thailand
  • NASIONAL

MOTAC gesa perluasan laluan penerbangan baharu dengan Thailand

Utusan Sarawak 7 hours ago
MOTAC gesa perluasan laluan penerbangan baharu dengan Thailand. Gambar hiasan.

BANGKOK: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggesa agar pembangunan laluan penerbangan antara Malaysia dan Thailand diperluaskan secara lebih strategik dan tidak hanya tertumpu kepada laluan utama Bangkok-Kuala Lumpur.

Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, cadangan itu yang turut merangkumi pengenalan lebih banyak destinasi baharu bagi merangsang pertumbuhan pelancongan dua hala telah dikemukakan dalam pertemuan beliau dengan Thai Airways dan Thai Vietjet Air semasa lawatan kerja ke Bangkok baru-baru ini.

Beliau menegaskan pembangunan laluan baharu perlu mengambil pendekatan pelbagai pintu masuk dengan memperluas sambungan penerbangan ke Sabah dan Sarawak, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada Kuala Lumpur sebagai hab tunggal.

“Pendekatan ini bukan sahaja meningkatkan  ketercapaian, malah membantu mengagihkan aliran pelancong secara lebih seimbang ke seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Selain itu, Tiong turut mencadangkan agar laluan penerbangan terus antara Malaysia dengan bandar di utara Thailand seperti Chiang Mai dan Chiang Rai diperkukuh.

Menurut beliau, kawasan berkenaan mempunyai keunikan dari segi pelancongan budaya, keagamaan dan alam semula jadi yang berpotensi besar untuk diterokai pasaran Malaysia, sekali gus membuka peluang aliran pelancong dua hala yang lebih meluas.

Mengulas lanjut, Tiong berkata pembangunan laluan penerbangan perlu diselaraskan dengan strategi pemasaran, termasuk kerjasama antara Tourism Malaysia, syarikat penerbangan dan agensi pelancongan bagi memastikan permintaan yang mampan.

Beliau berkata laluan penerbangan merupakan elemen penting dalam merangsang pergerakan pelancong, perdagangan dan pelaburan, justeru pembangunan rangkaian yang lebih luas akan memperkukuh kedudukan Malaysia dalam ekosistem penerbangan serantau.

Sementara itu, Tiong berkata Thai Vietjet Air turut memaklumkan perancangan melancarkan laluan terus Bangkok (Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi) – Kuala Lumpur pada Ogos ini, dengan potensi peningkatan kekerapan sehingga dua penerbangan sehari bergantung kepada permintaan.

Pada masa ini, Thai Vietjet Air mengendalikan rangkaian penerbangan domestik yang meluas dalam Thailand, memfokuskan destinasi popular seperti Bangkok, Chiang Mai, Phuket, Krabi dan Udon Thani.

Syarikat penerbangan itu juga mengendalikan penerbangan antarabangsa dari Thailand ke Vietnam, Taiwan, Singapura, China, Jepun dan India, dengan hab di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: KDN nilai jumlah jualan bahan api bagi penguatkuasaan stesen minyak di sempadan
Next: Model 5E tingkat keberkesanan kandungan media sosial kerajaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.