Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • MOTAC ambil tindakan tegas kes 36 jemaah umrah terkandas di Madinah
  • SEMASA

MOTAC ambil tindakan tegas kes 36 jemaah umrah terkandas di Madinah

Utusan Sarawak 19 hours ago
DATO Sri Tiong King Sing menegaskan komitmen MOTAC memperketat penguatkuasaan terhadap agensi pelancongan susulan kes 36 jemaah umrah terkandas di Madinah dalam satu kenyataan. Foto Facebook Dato’ Seri Tiong King Sing

BINTULU: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan melaksanakan tindakan tegas terhadap agensi pelancongan yang terlibat dalam kes 36 jemaah umrah terkandas di Madinah, Arab Saudi selepas gagal menyediakan penginapan serta tiket penerbangan pulang seperti dijanjikan.

Menterinya, Dato Sri Tiong King Sing berkata, MOTAC memandang serius insiden melibatkan agensi Al Aisy Travel & Tours Sdn. Bhd. yang mengakibatkan jemaah, termasuk warga emas dan kanak-kanak, berdepan tekanan kewangan dan emosi walaupun telah membuat bayaran penuh sebanyak RM7,600 seorang.

Menurut beliau, kejadian itu sekali lagi membuktikan keperluan mendesak untuk melaksanakan mekanisme jaminan bank sebagai syarat mandatori pelesenan agensi pelancongan, khususnya pengendali pakej umrah, di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).

“Insiden ini menunjukkan langkah tersebut bukan sahaja wajar, malah semakin mendesak bagi melindungi jemaah dan pengguna daripada pengusaha tidak bertanggungjawab serta memulihkan keyakinan rakyat terhadap industri umrah dan pelancongan negara,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bintulu berkata, laporan mengenai kejadian berkenaan disampaikan kepada MOTAC melalui Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh dan kesemua jemaah terlibat telah selamat tiba di KLIA Terminal 2 pada 6 Januari lalu.

Menurut Tiong, hasil siasatan awal mendapati premis syarikat terbabit tidak lagi beroperasi dan terdapat beberapa pelanggaran serius di bawah Peraturan-Peraturan Industri Pelancongan 1992.

“Susulan itu, MOTAC telah menjalankan penggeledahan, merakam percakapan pihak syarikat dan jemaah terlibat serta membuka kertas siasatan. 

“Kertas syor pembatalan lesen syarikat juga sedang dimuktamadkan untuk pertimbangan pengurusan tertinggi MOTAC,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa dari 2023 hingga Oktober 2025, MOTAC telah melaksanakan 64 operasi penguatkuasaan, dengan empat lesen agensi pelancongan digantung dan dua lesen dibatalkan.

Namun katanya, kejadian yang terus berulang menunjukkan pendekatan sedia ada perlu diperketat dan diperkukuh bagi memastikan kebajikan jemaah sentiasa terpelihara.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa menyemak status lesen agensi pelancongan sebelum membuat sebarang bayaran serta melaporkan segera sebarang penyelewengan kepada MOTAC bagi membolehkan tindakan pantas diambil.

Beliau menegaskan, MOTAC tidak akan berkompromi dengan mana-mana pengusaha yang menipu, mengabaikan kebajikan jemaah atau mencemarkan reputasi negara.

Oleh Carolyne Utih

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Nur Alina dilantik Setiausaha Tetap KPWK, ganti Datu Felicia
Next: Projek Kereta Api Trans-Borneo berpotensi perkukuh jaringan Sarawak–Kalimantan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.