Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • MOT wujudkan sistem pangkalan data, elak pemandu bas bermasalah
  • SEMASA

MOT wujudkan sistem pangkalan data, elak pemandu bas bermasalah

Utusan Sarawak 1 day ago
FOTO Bernama.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) akan membangunkan sistem pangkalan data pemandu bas eskpres dan persiaran, lengkap dengan rekod lampau dan buruk mereka bagi tujuan penambahbaikan keselamatan pengangkutan awam darat.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata sistem itu yang akan dibangunkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) akan membolehkan syarikat bas menilai kelayakan serta latar belakang pemandu sebelum mereka diambil bekerja.

“Sekarang ini dalam sistem kita belum ada pangkalan data yang merangkumkan semua pemandu. Kita hanya ada pelesenan, tetapi sama ada mereka ada rekod atau tidak, syarikat yang menggaji mereka atau mengambil mereka sebagai pemandu, tidak ada rujukan.

“Dalam sistem itu mungkin kadangkala seorang pemandu yang buruk itu didapati tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan baik dan dipecat daripada syarikat A, dia mungkin pergi ke syarikat B, jadi dalam pasaran masih ada pemandu yang kurang berwibawa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi hari ini, susulan kemalangan maut membabitkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Isnin lepas.

Dalam kejadian itu, 15 penuntut UPSI maut apabila bas sewa khas yang membawa mereka dari Jertih, Terengganu ke kampus utama Tanjung Malim, Perak terbalik selepas melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna Perodua Alza di Jalan Raya Timur–Barat manakala 33 lagi cedera termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang Perodua Alza.

Sementara itu, Loke berkata laporan awal kemalangan maut membabitkan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Perak bulan lepas akan dimuat naik menerusi laman web MOT, esok.

Beliau berkata laporan itu turut mengandungi beberapa laporan teknikal agensi berkaitan termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

“Tujuan laporan ini dijadikan rujukan umum adalah untuk memberikan ruang kepada orang ramai mengenai fakta kes dan ruang kepada penyelidik, khususnya pakar keselamatan jalan raya seperti bidang mekanikal untuk melihat segala fakta mengenai kemalangan itu dan boleh membuat kajian serta penyelidikan,” katanya.

Dalam kejadian pada 13 Mei itu, sembilan anggota FRU daripada Unit 5 Ipoh maut dalam nahas di Jalan Chikus–Sungai Lampam pada 8.50 pagi, semasa konvoi pasukan berkenaan dalam perjalanan pulang selepas bertugas sempena sambutan Chitirai Pournami di Teluk Intan.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kemalangan bas UPSI tamparan hebat buat sistem pengangkutan pelancongan
Next: Sarawak, Universiti Fudan meterai perjanjian tubuh pusat penyelidikan perubatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.