Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • MOT tingkatkan kerjasama dengan Kerajaan Sarawak
  • TEMPATAN

MOT tingkatkan kerjasama dengan Kerajaan Sarawak

Utusan Sarawak 3 years ago
TAHNIAH… Dato Henry Sum menyampaikan momento penghargaan kepada Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan atas pelantikan semula sebagai Timbalan Ketua Menteri di Wisma Sumber Alam,Petra Jaya di Kuching, semalam.

LAWAS: Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) sentiasa berusaha untuk meningkatkan kerjasama dengan Kerajaan Sarawak pimpinan GPS.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia Dato Henry Sum Agong meluangkan masa untuk bertemu dengan Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di Wisma Sumber Alam, Petra Jaya di Kuching, semalam.

Henry Sum yang juga Ahli Parlimen Lawas turut menyampaikan ucapan tahniah atas pelantikan semula Awang Tengah sebagai Timbalan Ketua Menteri dan sebagai menteri dalam Kabinet Sarawak yang baru mendapat mandat melalui Pilihan Raya Negeri tahun lepas.

Pada masa sama, beliau turut memberi komitmen untuk memastikan kerjasama erat di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak yang terjalin selama ini kekal utuh dan kukuh demi kesejahteraan rakyat Sarawak.

Selain itu, beberapa perkara membabitkan keperluan penduduk di Utara Sarawak turut dibincangkan secara tertutup.

Oleh ADENG EDRUS

Continue Reading

Previous: Sektor koperasi Malaysia miliki aset RM150 bilion
Next: HARGA HASIL LAUT MELONJAK

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.