Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • MOT kaji kenaikan tambang
  • NASIONAL

MOT kaji kenaikan tambang

Utusan Sarawak 5 years ago

PUTRAJAYA, 13 Mei -- Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di bangunan Perdana Putra hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

SIDANG MEDIA… Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di bangunan Perdana Putra semalam.• FotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT) akan membentangkan cadangan berhubung isu kenaikan  tambang pengangkutan awam susulan  pengurangan bilangan penumpang kepada separuh daripada biasa dalam mematuhi peraturan penjarakan sosial.  

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihaknya mendapat rungutan daripada pengusaha pengangkutan awam susulan peraturan itu   dan sedar bahawa ia sedikit sebanyak turut menyebabkan kenaikan harga tambang.  

“Jadi MOT akan lihat perkara ini supaya tidak ada kerugian pada   pengusaha-pengusaha pengangkutan awam. MOT akan membentangkan cadangan mereka di Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri nanti,” katanya pada sidang media harian di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya   aduan sesetengah pihak mengenai tambang pengangkutan yang agak tinggi dengan alasan diberikan pengusaha kerana terpaksa mengurangkan kapasiti penumpang.

Mengenai pengusaha bas sekolah yang masih mengenakan bayaran walaupun sekolah masih ditutup, Ismail Sabri berkata ia berbeza dengan isu perkhidmatan pengangkutan awam yang masih beroperasi tetapi dengan separuh kapasiti.

“Yang ini (bas sekolah) langsung tidak beroperasi. Ibu bapa membayar tambang bas kerana menggunakan perkhidmatan untuk mengangkut anak-anak mereka ke sekolah.  

“Ini sepatutnya tidak berlaku. Tindakan ini mesti diambil MOT kerana lesen pengusaha bas sekolah dikeluarkan MOT,” katanya.

Ismail Sabri berkata, kerajaan memahami pengusaha bas sekolah tiada hasil pendapatan berikutan sekolah masih ditutup.

“Kita telah buat keputusan mungkin sekarang ini kita benarkan bas-bas kilang, kalau dulu hantar dalam kapasiti penuh sekarang separuh. Mungkin mereka tak cukup (bas) untuk menghantar dalam waktu yang tepat kerana tidak boleh bergerak serentak.  

“MOT telah buat keputusan supaya pengusaha bas kilang boleh menggunakan bas sekolah untuk menghantar pekerja kilang. Ini bagi kita membantu usahawan bas sekolah yang tiada pendapatan mungkin boleh mendapat hasil pendapatan daripada bas mereka dijadikan bas kilang sewaktu sekolah masih ditutup,” katanya.  

Beliau berkata, usaha ini dilakukan kerajaan bagi membantu pengusaha bas sekolah dan mereka boleh berbincang dengan syarikat tertentu untuk membantu membawa pekerja kilang sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan sekolah masih tidak dibuka setakat semalam. – BERNAMA

Continue Reading

Previous: Ibu tunggal jual donut sara hidup
Next: Persiapan rapi pastikan persidangan ikut SOP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.