Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • MOT henti pelaksanaan kempen keselamatan jalan raya setiap musim perayaan untuk jimat
  • NASIONAL

MOT henti pelaksanaan kempen keselamatan jalan raya setiap musim perayaan untuk jimat

Utusan Sarawak 1 year ago
MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke bercakap kepada pemberita selepas majlis Amanat Tahun Baharu 2024 Kementerian Pengangkutan, hari ini. FotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Mulai tahun ini majlis pelancaran kempen-kempen keselamatan jalan raya bagi setiap musim perayaan di peringkat Kementerian Pengangkutan (MOT) tidak akan diadakan lagi, kata Menterinya Anthony Loke.

Beliau berkata, ia memandangkan setiap kali dianjurkan kempen berkenaan, ia akan melibatkan kos hampir RM200,000 termasuk perbelanjaan cenderamata, makanan, sistem siar raya dan pemasangan khemah.

“Semua majlis pelancaran ini tidak perlu, tetapi operasi bersepadu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan diteruskan, ia tidak akan dihentikan. Kita hentikan majlis perasmian sahaja,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Amanat Tahun 2024 MOT di sini, hari ini.

“Kalau syarikat swasta nak buat kempen – boleh, itu terpulang kepada mereka. Yang saya hentikan ialah bajet kementerian sebab kita akan guna untuk tujuan lebih baik, mungkin berikan topi keledar percuma bernilai RM55 setiap satunya, kerana kami dapati masih ada yang menggunakan topi keledar lusuh,” tambahnya.

Terdahulu dalam amanatnya, beliau berkata antara fokus MOT tahun ini adalah membudayakan aspek keselamatan tidak kira sektor darat, udara mahupun maritim.    

Memberi contoh bahawa hampir 7,000 terkorban dalam nahas jalan raya tahun lepas, Loke berkata keselamatan pengguna pengangkutan awam merupakan keutamaan MOT dan program-program yang akan dilaksanakan kelak perlu mencapai tujuannya.

Fokus lain termasuk memperkasa jaringan ketersambungan dan kebolehcapaian sistem pengangkutan awam dan logistik, mengoptimumkan budaya penyelenggaraan infrastruktur, perkhidmatan dan rangkaian pengangkutan dan memacu intervensi berdasarkan inovasi pendigitalan.

Loke berkata beliau juga telah meminta supaya pelaporan prestasi setiap agensi di bawah MOT dibuat  secara berkala sebagai kayu pengukur program yang dilaksanakan oleh kementerian itu.

“Saya guna pendekatan ini agar kesemua inisiatif MOT ada rancangan komunikasi yang berterusan. Dengan ini kita akan bina keyakinan terhadap kementerian,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Ejaan di papan tanda, iklan perlu selaras, kekalkan identiti pertiwi
Next: LPS: Terhad kepada bas ekspres ekonomi, tidak melebihi had usia 10 tahun – APAD

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.