Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • MOT fokus tambah baik SOP sistem pengendalian bagasi KLIA
  • NASIONAL

MOT fokus tambah baik SOP sistem pengendalian bagasi KLIA

Utusan Sarawak 5 hours ago
SUASANA di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA T1). Foto Bernama

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT) memberi tumpuan terhadap penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) susulan gangguan sistem pengendalian bagasi (BHS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada Sabtu lepas.

Ketua Setiausaha MOT Datuk Seri Jana Santhiran Muniayan berkata perkara itu antara tumpuan dalam mesyuarat khas dipengerusikan beliau pagi tadi, susulan arahan Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

“Kementerian memandang serius insiden ini yang telah menyebabkan kelewatan bagasi sehingga empat jam kepada penumpang. Walaupun sistem dipulihkan pada malam yang sama, perkara ini tidak berakhir tanpa tindakan susulan yang menyeluruh dan berkesan.

“Mesyuarat memberi tumpuan kepada penambahbaikan SOP, khususnya dari segi masa tindak balas, komunikasi kepada penumpang dan pelan kontingensi bagi memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi sebarang gangguan,” katanya seperti yang dikongsikan dalam hantaran Facebook rasmi MOT hari ini.

Beliau berkata insiden itu menjadi ruang untuk semua pihak termasuk MOT menilai secara menyeluruh dan memperkukuh kelemahan sedia ada. 

“Keutamaan kita ialah memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, responsif dan boleh dipercayai demi menjaga keyakinan pengguna,” katanya. 

Mesyuarat turut dihadiri pengurusan tertinggi MOT, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Bahagian Udara MOT, wakil syarikat penerbangan dan pengendali darat.

Semalam, Loke mengarahkan CAAM membuat siasatan berhubung kerosakan BHS di KLIA Terminal 1 kerana gangguan itu menyebabkan kelewatan bagasi antara dua hingga empat jam. – Bernama

Continue Reading

Previous: Sukma wajar ditangguhkan sehingga krisis Asia Barat selesai – Sultan Selangor
Next: Kembara JoW perkukuh akses rakyat kepada keadilan, selari prinsip ihsan – Azalina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.