Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Monyet ceroboh dapur rumah ditangkap
  • Tengah
  • WILAYAH

Monyet ceroboh dapur rumah ditangkap

Utusan Sarawak 17 hours ago
MONYET DITANGKAP… Monyet berjaya ditangkap oleh anggota bomba dan dilepaskan semula di lokasi selamat. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Penghuni sebuah rumah di Sungai Mador, Tanjung Genting gempar apabila seekor monyet menceroboh masuk ke bahagian dapur kediaman mereka, petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.23 petang.

“Bertindak atas panggilan tersebut, komander operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Ahmad Jais Ahad bersama dua anggota segera dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, mereka mendapati seekor monyet berada di dalam dapur rumah tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, komander operasi kemudian mengarahkan anggotanya untuk menangkap haiwan itu menggunakan penjerut khas.

“Monyet tersebut berjaya ditangkap dalam tempoh kira-kira 43 minit.

“Operasi tamat sepenuhnya pada 6.30 petang.

“Monyet berkenaan telah dilepaskan semula di kawasan yang selamat,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program Pagi Tanpa Kenderaan Sarikei cerminan komitmen bandar lestari
Next: Kanak-kanak terkunci dalam tandas berjaya diselamatkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.