Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Monumen sejarah Perang Dunia Kedua dirasmikan di Taman Chiang Chuan
  • Tengah
  • WILAYAH

Monumen sejarah Perang Dunia Kedua dirasmikan di Taman Chiang Chuan

Utusan Sarawak 5 days ago
RASMI….Ting, Vincent, Lau, dan tetamu lain merakam kenangan bersama selepas upacara perasmian Monumen Penyerahan Tentera Imperial Jepun di Taman Chiang Chuan, Sibu, hari ini.

SIBU: Sebuah monumen memperingati ulang tahun ke-80 penyerahan Tentera Imperial Jepun di Sibu telah dirasmikan di Taman Chiang Chuan, Jalan Temple di sini hari ini, sebagai usaha mendokumentasikan sejarah penting yang sebelum ini kurang diketahui masyarakat.

Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Clarence Ting, yang menyempurnakan upacara perasmian berkata, penubuhan monumen itu bukan sekadar simbol peringatan, tetapi juga pemangkin untuk masyarakat tempatan menulis dan melengkapkan semula sejarah pendudukan Jepun di bandar ini.

“Kita banyak mengetahui kisah Perang Dunia Kedua di tempat lain seperti Eropah, China, Korea dan Singapura kerana sejarahnya banyak direkodkan. Namun, sejarah di Sibu masih belum digarap sepenuhnya.

“Saya berharap ada dalam kalangan masyarakat kita tampil untuk menulis semula bab penting ini,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Beliau berkata, dokumentasi sejarah tempatan amat penting agar generasi akan datang memahami bagaimana masyarakat terdahulu menempuh cabaran serta menghargai keamanan yang dinikmati hari ini.

Majlis berkenaan dianjurkan oleh Jawatankuasa Sambutan Ulang Tahun Ke-80 Penyerahan Tentera Imperial Jepun di Sibu yang diketuai oleh Senator Robert Lau, dengan pembiayaan menerusi geran senator beliau.

Menurut Lau, monumen tersebut dibina bagi memperingati peristiwa penyerahan rasmi tentera Jepun pada 16 September 1945 yang berlangsung di tapak bekas gudang Sarawak Steamship, kini lokasi Taman Chiang Chuan.

“Ramai penduduk tidak tahu bahawa penyerahan itu berlaku di Sibu. Melalui monumen ini, kita mahu mewujudkan tanda fizikal agar generasi kini dan akan datang menyedari bahagian penting sejarah bandar ini,” katanya.

Beliau turut merujuk kepada buku Operation Semut III tulisan ahli antropologi Australia, Christine Helliwell, yang banyak mendokumentasikan operasi tentera bersekutu di Sarawak semasa perang berkenaan.

Turut hadir pada majlis tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Assek Joseph Chieng, Temenggong Dato Vincent Lau, Pengerusi Persatuan Chiang Chuan Lim Hong Hui, Kaunselor Kevin Lau, Dr John Chew dari Persekutuan Pelancongan Sarawak serta ahli jawatankuasa penganjur lain termasuk Dr Gregory Hii, John Ting dan Dr Peter Tang.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Bomba Bintangor tangkap ular sawa baham ayam di Batu 5, Sungai Raya
Next: Wong Ching Yong kecewa Sibu terpinggir dalam Belanjawan 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.