Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Monsun Timur Laut: Bomba Bintangor pantau tiga kawasan rendah
  • Tengah
  • WILAYAH

Monsun Timur Laut: Bomba Bintangor pantau tiga kawasan rendah

Utusan Sarawak 19 hours ago
PANTAU… Anggota bomba menjalankan rondaan pemantauan paras air. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Tiga kawasan rendah berisiko banjir telah dipantau oleh pihak bomba menerusi rondaan berkala sempena monsun timur laut (MTL).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata rondaan pemantauan tersebut melibatkan dijalankan bermula 8.00 semalam.

“Rondaan telah dilaksanakan di Jalan Sungai Selidap pada 8.00 malam, diikuti Jalan Lemayong pada 12.30 tengah malam dan seterusnya Jalan Fooh Ping pada 4.00 pagi tadi.

PANTAU… Anggota bomba menjalankan rondaan pemantauan paras air. Foto BBP Bintangor

“Hasil pemantauan mendapati paras air di ketiga-tiga kawasan tersebut berada dalam keadaan terkawal,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambahnya, cuaca juga berada dalam keadaan baik ketika pihaknya menjalankan rondaan.

“Rondaan berkala ini merupakan langkah bagi memastikan sebarang perubahan paras air dapat dikesan lebih awal dan tindakan segera dapat diambil sekiranya berlaku kecemasan.

“Pemantauan berterusan amat penting terutama semasa musim MTL kerana perubahan cuaca boleh berlaku secara mendadak,” katanya.

Katanya, tiada sebarang panggilan kecemasan diterima sepanjang rondaan pemantauan dijalankan.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM Saratok ambil tindakan segera atasi tanah susur di SK Kabo Hilir
Next: Pemantauan banjir, Monsun Timur Laut di Daerah Matu dan Daro

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.