Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Monsun Timur Laut berakhir, fasa peralihan bermula 25 Mac
  • NASIONAL

Monsun Timur Laut berakhir, fasa peralihan bermula 25 Mac

Utusan Sarawak 2 months ago

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Fasa peralihan monsun dijangka bermula pada 25 Mac ini dan berterusan hingga Mei, menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip, berkata ketika fasa ini, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah.

Beliau berkata, keadaan itu boleh menggalakkan pembentukan awan ribut petir yang lazimnya membawa kepada hujan lebat berserta angin kencang dalam tempoh singkat, terutama pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah dan Sarawak.

“Fenomena cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat dan kerosakan pada struktur tidak kukuh,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menasihatkan orang ramai lebih berwaspada ketika tempoh itu dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh METMalaysia melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca serta media sosial rasmi jabatan.

Orang ramai boleh menghubungi talian 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan lanjut. – BERNAMA

Continue Reading

Previous: Autonomi Parlimen: Langkah berani kembalikan kuasa, kebebasan
Next: Aidilfitri: Pastikan bekalan kelapa cukup

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.