Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Monica de Caro buat penampilan sulung dalam filem perisikan ‘Killmaster’
  • HIBURAN

Monica de Caro buat penampilan sulung dalam filem perisikan ‘Killmaster’

Utusan Sarawak 4 days ago
MONICA de Caro. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR: Bermula sebagai model semasa remaja sebelum menyertai pertandingan ratu cantik, Monica de Caro kini membuat penampilan sulung di layar perak menerusi filem perisikan Malaysia, Killmaster.

Pelakon dan model kelahiran Chile itu menyifatkan penglibatannya dalam produksi berkenaan sebagai detik penting dalam kerjaya beliau yang membuka peluang untuk meneroka genre baharu.

“Sejujurnya, inilah kali pertama saya terlibat dalam filem aksi. Pengalaman ini seperti mimpi buat saya juga. Jadi, saya harap langkah ini menjadi permulaan yang baik untuk terus berlakon dalam lebih banyak filem.

“Semestinya saya ingin belajar lebih lagi tentang seni pertahanan diri, tinju dan semua perkara,” katanya pada sidang media dan pratonton filem itu di sini baru-baru ini.

Sebelum ini, Monica pernah muncul dalam drama terbitan RTM dan TV Okey, namun mengakui pengalamannya dalam Killmaster ternyata sangat berbeza.

“Berlakon dalam drama amat berbeza … banyak adegan menangis, babak emosi,” katanya.

Membawakan watak sebagai Catalina Rodriguez, Monica berkata peranannya dalam filem itu juga diinspirasikan daripada watak ikonik Lara Croft, dalam filem aksi–pengembaraan Tomb Raider, yang dilakonkan oleh Angelina Jolie.

“Ya, itulah rujukan kami, dan saya gembira kerana berjaya menterjemahkannya dengan baik di layar,” katanya.

Selain Monica, filem itu turut dibintangi Julian Cheah, Himanshu Bhatt, Jayaram Menon, Zack Aminuddin dan Muiz Rosli dan akan ditayangkan di pawagam di seluruh negara esok.

Filem itu mengisahkan Mejar Alex Wong (dilakonkan oleh Cheah yang turut mengarah dan menerbitkan filem ini), dengan kod nama Killmaster, ejen kerajaan yang mahir, ditugaskan menjalankan misi penting bagi menumpaskan rangkaian pengganas yang merancang serangan dahsyat di tanah airnya.

Tugasnya itu membawa dirinya ke Sepanyol dan bertemu dengan seorang wanita yang turut menyimpan dendam terhadap kumpulan penjahat yang sama. Bersama-sama, mereka kemudian terjebak dalam permainan berbahaya yang penuh dengan perjuangan hidup, dendam dan pengintipan berisiko tinggi.

Sementara itu, meskipun terbuka untuk mencuba pelbagai genre, Monica tetap berpegang pada prinsip peribadinya dalam memilih watak.

Selain berlakon dalam siri televisyen dan filem pendek di Chile, Monica turut muncul dalam beberapa drama berasaskan aplikasi seperti The Return of the CEO’s Lovely Wife, Fantasy Werewolves dan Janitor Became a CEO.

Ketika ini, beliau sibuk dengan dua projek baharu di Peru, iaitu sebuah siri mini fantasi dengan melakonkan watak ahli sihir, dan filem fiksyen sains sebagai angkasawan.

Pernah menetap di Malaysia selama lima tahun sebagai model sepenuh masa sebelum berpindah ke Thailand, Monica menyifatkan Malaysia sebagai rumah keduanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Peminat kecewa Konsert Air Supply dibatal saat akhir
Next: Kang Daniel jadi mangsa rompakan selepas konsert di Los Angeles

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.