Mong santuni golongan memerlukan

Facebook
WhatsApp
DATUK Mong Dagang turun padang menyantuni seramai 50 penerima yang terdiri daripada warga emas, OKU dan individu yang terjejas akibat pandemik Covid-19 di kawasan Bukit Balau, baru-baru ini.

SRI AMAN: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) meneruskan misi menyantuni seramai 50 penerima yang terdiri daripada warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan individu yang terjejas akibat pandemik Covid-19 di kawasan Bukit Balau, baru-baru ini.

Melalui Program Ziarah UKAS, bantuan berupa makanan, pelitup muka dan cecair pembersih tangan telah disumbangkan kepada penerima yang disenaraikan oleh ketua masyarakat.

Simbolik penyerahan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang bertempat di Rumah Raya Sebu, sebelum diagihkan ke setiap rumah di kawasan itu.

Sementara itu, Mong turut menyumbang kerusi roda dan tongkat kepada tiga orang penerima yang memerlukan bantuan berkenaan.

Dalam ucapan ringkasnya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada UKAS atas usaha murni yang dilaksanakan bagi membantu mengurangkan tekanan serta bebanan masyarakat pada ketika ini.

Beliau juga mengumumkan peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar Sarawak (RTP) tahun hadapan, bagi membaik pulih Rumah Panjang Raya Sebu Ulu sebanyak RM150,000 dan membaikpulih Rumah Kellon, Sebu sebanyak RM80,000.

Oleh ADI SAFARMAN

RM30 juta perkasa Sekolah Mubaligh Sarawak

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM30 juta menerusi Dana Bantuan Sekolah Mubaligh 2026 bagi memperkasa kemudahan dan infrastruktur sekolah mubaligh