Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Mong kagum projek dewan tadika baharu siap dengan dana RM50,000
  • Selatan
  • WILAYAH

Mong kagum projek dewan tadika baharu siap dengan dana RM50,000

Utusan Sarawak 13 hours ago

Datuk Mong Dagang semasa hadir pada majlis Konvokesyen dan Perasmian Dewan Tadika Tunas Harapan Tanjung Bijat semalam. Foto: Pusat Khidmat ADUN Bukit Begunan

LINGGA: Pembinaan sebuah dewan baharu di Tadika Tunas Harapan Tanjung Bijat melalui peruntukan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) membuktikan keberkesanan pelaksanaan projek berimpak tinggi di kawasan luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang berkata, beliau sendiri tidak menyangka peruntukan RTP bernilai RM50,000 mampu menyiapkan dewan sebesar itu lengkap dengan pentas. 

Projek pembinaan tersebut dilaksanakan oleh kontraktor Boh & Chu Enterprise, bermula 22 Februari 2024 dan siap sepenuhnya pada 21 Mei 2024 dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sri Aman selaku agensi pelaksana.

Menurutnya, kewujudan dewan ini memberi kemudahan besar kepada pihak tadika untuk menganjurkan acara seperti konvokesyen tanpa perlu lagi menyewa restoran atau hotel.

Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat dilaksanakan dengan lebih teratur meskipun pada cuaca tidak menentu.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Konvokesyen dan Perasmian Dewan Tadika Tunas Harapan Tanjung Bijat semalam.

Seramai sembilan murid berusia enam tahun menerima Sijil Konvokesyen masing-masing, sekali gus menandakan tamatnya pendidikan awal mereka di tadika yang kini berusia 12 tahun.

Datuk Mong Dagang semasa hadir pada majlis Konvokesyen dan Perasmian Dewan Tadika Tunas Harapan Tanjung Bijat semalam. Foto: Pusat Khidmat ADUN Bukit Begunan

Tadika Tunas Harapan kini menyertai senarai pusat pendidikan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Begunan yang menerima pembinaan dewan baharu, termasuk di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melugu, Sekolah Kebangsaan (SK) Selepong, SK Munggu Bringgin dan SK Selanjan.

Mong berkata, tadika pada masa kini menjadi keperluan penting sebelum murid melangkah ke Tahun Satu, sekali gus memastikan mereka bersedia dari segi kemahiran asas menulis, membaca dan mengira.

“Keadaan ini jauh berbeza dengan zaman dahulu, ketika murid Tahun Satu pun masih belum mampu membaca atau menulis dengan baik. Polisi dan fasiliti kerajaan hari ini lebih teratur bagi memastikan semua murid lebih bersedia memasuki sekolah rendah,” katanya.

Beliau turut menyentuh pencapaian Ujian Penilaian–Program Dwibahasa (UP-DLP) Sarawak yang menunjukkan keputusan cemerlang, khususnya Bahasa Inggeris (90.97 peratus) kelulusan, Sains (84.71 peratus) dan Matematik (61.01 peratus).

Mong menegaskan bahawa tanpa pelaksanaan program tersebut, tahap penguasaan murid dalam mata pelajaran teras mungkin sukar dikenalpasti.

Dalam pada itu, beliau menggesa ibu bapa untuk terus menyokong pembelajaran anak-anak sehingga ke peringkat tertinggi, termasuk pengajian doktor falsafah (PhD).

“Hanya pendidikan mampu mengubah masa depan seseorang. Melentur buluh biarlah dari rebung,” katanya.

Pada majlis tersebut, Mong mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM7,000 bagi 2026, selain menyerahkan Geran MRP sebanyak RM2,000 kepada Biro Wanita Rumah Achang.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tebingan Saratok bakal jadi ikon baharu, pacu pembangunan daerah
Next: 195 cek MRP bernilai RM1.2 juta disalurkan di kawasan DUN Krian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.