Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Mohon isu empat sekolah di Daro ditangani segera – Roland
  • TEMPATAN

Mohon isu empat sekolah di Daro ditangani segera – Roland

Utusan Sarawak 2 years ago
Datuk Roland Sagah Wee Inn

KUCHING: Sebanyak empat sekolah di Daro kini tanpa ketua ibarat kapal yang tidak bernakhoda apabila prasyarat untuk pengisian jawatan guru besar dan pengetua harus memiliki sijil kelayakan Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL).

Sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Normah, Sekolah Kebangsaan (SK) Penasu, SK Nanga Semah dan SK Batang Lassa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad sebelum ini berkata, keadaan ini serba sedikit memberi impak besar terutamanya dalam aspek proses pengajaran dan pembelajaran selain pengurusan dan pentadbiran sekolah.

Menjawab kepada keadaan semasa sekolah-sekolah tersebut, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Roland Sagah Wee Inn memberi jaminan bahawa Kerajaan Sarawak akan menangani isu pengisian jawatan guru besar dan pengetua dengan kadar segera.

Roland  memberitahu, kementeriannya memahami hasrat Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan kualiti pemimpin sekolah, ini secara tidak sengaja melambatkan proses pengisian jawatan.

“Menurut Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, prasyarat untuk mengisi jawatan guru besar dan pengetua adalah untuk mendapatkan sijil kelayakan Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) yang hanya dianugerahkan oleh Institut Aminuddin Baki (IAB).

“Keperluan baharu ini yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan telah menyebabkan kelewatan penggantian dan pelantikan guru besar dan pengetua baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam sesi penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, kementeriannya akan membangunkan isu tersebut kepada Menteri Pendidikan Malaysia.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: STEM Trailblazers Sarawak 2023 tampilkan Raspberry Pi 6 – 8 Julai ini
Next: Tiga syarikat hulur kemahiran semikonduktor, mikroelektrik di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.