SIMANGGANG: Bahagian Siasiatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja wanita yang dipercayai hilang sejak 9 November lepas.
Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Mathew Manggie berkata, remaja terbabit dikenali sebagai Agnes Skimol, 15, dari Rumah Ayai Jabu, Putat, Jalan Merdeka, Kejatau, Sri Aman.
Katanya, remaja wanita itu telah keluar dari rumahnya sekitar jam 10 pagi pada 9 November dengan kehilangan dilaporkan kepada pihak polis pada 12 November.
“Kertas siasatan telah dibuka dan pihak polis kini sedang mempergiatkan usaha untuk menjejaki remaja wanita yang hilang itu.
“Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat terkini mengenai kedudukan terkini remaja wanita berkenaan diminta untuk melaporkan kepada pegawai penyiasat, Sarjan Suzy Andrew Baie di talian 011-14037375,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata orang ramai juga boleh menghubungi Balai Polis Sri Aman di talian 083-322121 atau mana-mana balai polis berdekatan jika mempunyai maklumat berhubung kedudukan remaja wanita itu.