Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Mohd Shafizan santuni penduduk terjejas, sampaikan sumbangan bakul makanan
  • WILAYAH

Mohd Shafizan santuni penduduk terjejas, sampaikan sumbangan bakul makanan

Utusan Sarawak 22 hours ago
AHLI Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli turun padang bagi menyantuni penduduk dalam program ziarah di sekitar Parlimen Batang Lupar, semalam. Foto Pejabat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Batang Lupar

PUSA: Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli, meneruskan agenda menyantuni masyarakat setempat menerusi program ziarah kasih bagi menyelami kebajikan penduduk yang sedang berdepan dengan pelbagai ujian kehidupan.

​Program tersebut bertujuan untuk memastikan setiap lapisan masyarakat di kawasan Parlimen Batang Lupar sentiasa mendapat perhatian sewajarnya, terutama bagi mereka yang sedang diuji dengan masalah kesihatan mahupun kekangan ekonomi.

​Dalam kunjungan tersebut, Mohamad Shafizan turut mengambil kesempatan untuk menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada penduduk yang memerlukan sebagai tanda keprihatinan serta sokongan moral daripada pihak pusat khidmat beliau.

​”Saya berkesempatan menziarahi penduduk setempat yang sedang diuji dengan pelbagai ujian dan berpeluang menyampaikan sumbangan bakul makanan sebagai tanda keprihatinan serta sokongan moral kepada mereka,” katanya.

AHLI Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli turun padang bagi menyantuni penduduk dalam program ziarah di sekitar Parlimen Batang Lupar, semalam. Foto Pejabat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Batang Lupar

​Menurut beliau, inisiatif bantuan itu diharap dapat memberikan impak positif kepada emosi penerima, selain membantu mencukupkan keperluan harian keluarga yang terlibat dalam tempoh yang mencabar ini.

​”Inisiatif ini diharap dapat meringankan sedikit beban penerima serta menjadi penguat semangat untuk terus tabah menghadapi ujian. Semoga mereka terus kuat dan saya berdoa supaya dikurniakan kesembuhan kepada mereka,” tambahnya lagi.

​Antara penerima sumbangan dalam siri ziarah kali ini termasuklah Muharan Kaili dan Kedri Amat dari Pusa, serta Yahya Sulaiman dan Azuan Seman dari Beladin. Turut menerima bantuan ialah Nen Jali dari Kampung Spinang, serta Jamil Jemat dan Harifah Jamuie dari Kampung Semarang.

​Siri ziarah kebajikan seperti ini akan terus menjadi agenda utama Pejabat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Batang Lupar bagi memastikan tiada golongan yang terpinggir daripada menerima bantuan dan perhatian sewajarnya demi kesejahteraan komuniti secara keseluruhannya.

​

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Inisiatif gunting rambut percuma bantu pelajar tampil kemas ke sekolah
Next: Naik taraf Surau Darul Taqwa Kampung Baru Hulu Betong siap April ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.