Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Mohd Na’im, Zaliha digugurkan daripada barisan Jemaah Menteri
  • NASIONAL

Mohd Na’im, Zaliha digugurkan daripada barisan Jemaah Menteri

Utusan Sarawak 10 hours ago
DUA menteri dan seorang timbalan menteri digugurkan daripada barisan Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini. 

KUALA LUMPUR: Dua menteri dan seorang timbalan menteri digugurkan daripada barisan Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini. 

Menteri yang digugurkan ialah Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, yang sebelum ini dilantik sebagai Senator untuk menerajui jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). 

Jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kini disandang oleh Dr Zulkifli Hasan, yang sebelum ini merupakan Timbalan Menteri di jabatan sama.

Selain itu, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa turut digugurkan daripada jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dan digantikan oleh Hannah Yeoh, yang sebelum ini memegang portfolio Menteri Belia dan Sukan.

Turut digugurkan daripada barisan Jemaah Menteri baharu Kerajaan MADANI ialah Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.

Sebelum ini, Kabinet Kerajaan MADANI menyaksikan empat kekosongan portfolio menteri, iaitu jawatan Menteri Ekonomi yang disandang Datuk Seri Rafizi Ramli, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad serta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick yang kosong susulan peletakan jawatan mereka.

Sementara itu, jawatan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri yang disandang Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, kosong selepas beliau tempoh pelantikan beliau sebagai Senator tamat. – Bernama

Continue Reading

Previous: Fadillah: Isu MA63, rundingan Petros–Petronas masih dalam proses
Next: Angkat sumpah Menteri, Timbalan Kabinet Kerajaan MADANI esok – PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.