Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Mohd Dusuki dilantik Peguam Negara baharu, berkuat kuasa esok 
  • NASIONAL

Mohd Dusuki dilantik Peguam Negara baharu, berkuat kuasa esok 

Utusan Sarawak 6 months ago

Datuk Mohd Dusuki

PUTRAJAYA: Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara (AGC) Datuk Mohd Dusuki Mokhtar dilantik sebagai Peguam Negara baharu, berkuat kuasa esok.

Pengumuman pelantikan itu dibuat Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Shamsul Azri, pelantikan Mohd Dusuki telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

Dusuki, 57, menggantikan Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh yang dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.

Shamsul Azri berkata Mohd Dusuki berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Ijazah Sarjana Undang-Undang dari University of Wollongong, Australia.

Beliau mempunyai pengalaman luas selama 31 tahun dalam perkhidmatan perundangan di AGC.

Sementara itu, Shamsul Azri turut menzahirkan penghargaan kepada Ahmad Terrirudin atas perkhidmatannya selama memegang jawatan sebagai Peguam Negara sejak 6 Sept 2023.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Rumah Biru Kampung Baru
Next: UPSR, PT3 tidak lagi relevan, KPM terus perkasa Pendidikan Berasaskan Sekolah – Fadhlina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.