Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Mohamad Nazrin Othman, Noorulhusna Abdul Kadir – Johan Majlis Tilawah Daerah Daro
  • Tengah
  • WILAYAH

Mohamad Nazrin Othman, Noorulhusna Abdul Kadir – Johan Majlis Tilawah Daerah Daro

Utusan Sarawak 2 days ago
PARA peserta merakamkan gambar bersama tetamu kehormat. -Foto JAPEN

DARO: Mohamad Nazrin Othman dan Noorulhusna Abdul Kadir dinobatkan sebagai johan Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Daerah Daro Tahun 1446 Hijrah bersamaan 2025 yang berlangsung di Dewan Masyarakat Daerah Daro, malam tadi.

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Daerah Daro Tahun 1446H/2025M itu telah disempurnakan oleh Pegawai Agama Islam Daerah Daro, Ustaz Ahmad Shah Affendi.

Ketika berucap pada majlis malam tadi, Ustaz Ahmad memberitahu, umat Islam khususnya di Daerah Daro disarankan untuk terus giat memperbanyak amalan, mempelajari serta membudayakan al-Quran dalam kehidupan seharian.

Menurutnya lagi, al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW lebih 1,400 tahun lalu merupakan petunjuk kepada manusia khususnya umat Islam.

“Ilmu di dalam al-Quran adalah pelbagai, dan ia merupakan pembimbing terbaik kepada umat Islam supaya kehidupan mereka tidak bercanggah dengan syariat Islam,” ujarnya.

Sementara itu pada kali ini, seramai enam peserta yang masing-masingnya tiga qari dan tiga qariah telah menyertai pertandingan tersebut.

Turut hadir Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Daro, Mohammad Madzihi Mohammad Musa, Pemanca Bujang Razeli, Penghulu Jebli Ngok, Penghulu Abu Bakar Salleh, ketua ketua Jabatan, serta ketua – ketua masyarakat dan kaum sekitar Tanah Besar Daro dan Pulau Bruit Daro. -JAPEN

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RTP terus utamakan kemudahan asas luar bandar
Next: Usahawan muda perlu peka perkembangan teknologi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.