Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Mohamad Ehsan juara MTB Kalaka 2025 Betong, serlah bakat tempatan
  • SUKAN

Mohamad Ehsan juara MTB Kalaka 2025 Betong, serlah bakat tempatan

Utusan Sarawak 8 hours ago
MOHAMAD Ehsan Abdullah Sahari muncul sebagai juara kategori Lelaki Terbuka dalam Cabaran Berbasikal Gunung (MTB) Kalaka Edisi Pertama Tertutup Bahagian Betong, yang berlangsung sempena Pesta Saratok 2025, di Stadium Mini Saratok semalam. Foto Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Mohamad Ehsan Abdullah Sahari muncul sebagai juara kategori Lelaki Terbuka dalam Cabaran Berbasikal Gunung (MTB) Kalaka Edisi Pertama Tertutup Bahagian Betong, yang berlangsung sempena Pesta Saratok 2025, di Stadium Mini Saratok semalam.

Beliau menewaskan pencabar terdekatnya, Irfan Naufal Madaan yang meraih tempat kedua, diikuti oleh Abang Abdul Raziq Abang Abdul Hadi di tempat ketiga.

Menariknya, dalam kategori Lelaki Junior, Irfan Naufal Madaan berjaya membalas dendam dengan meraih kejuaraan, diikuti oleh Mohamad Ehsan Abdullah Sahari dan Abang Abdul Raziq di tempat ketiga menyaksikan tiga pelumba yang sama turut mendominasi dua kategori utama.

Bagi kategori Lelaki 80 kilogram (kg) ke atas, gelaran juara disandang oleh Mohamad Hazim Suib, manakala Roslie Edie dan Peni Sli masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Dalam kategori Perempuan Terbuka, pelumba muda berbakat Naina Adriana Idris berjaya menamatkan perlumbaan di tempat pertama, mengatasi Nur Ain Ramadhanie dan Dania Syaza Samsul yang masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan ketiga.

CABARAN MTB Kalaka Edisi Pertama Tertutup Bahagian Betong yang berlangsung sempena Pesta Saratok 2025, di Stadium Mini Saratok semalam. Foto Pusat Khidmat ADUN Kalaka

Kesemua pemenang membawa pulang hadiah wang tunai beserta pingat, manakala peserta yang menduduki tempat keempat hingga kesepuluh turut menerima ganjaran wang tunai sebagai penghargaan atas penyertaan mereka.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ahli Majlis Daerah Saratok, Kaunselor Majid Amit Zainuddin yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri.

Menurut Mohamad Duri, penganjuran Cabaran MTB Kalaka yang julung kali diadakan ini berjaya menarik sebanyak 26 penyertaan, termasuk daripada Kelab Berbasikal Saribas, Kelab Berbasikal Saratok serta peserta individu dari seluruh Bahagian Betong.

“Acara seperti ini sememangnya sangat bagus untuk mencari bakat-bakat baharu yang boleh diketengahkan ke peringkat lebih tinggi, di samping menggalakkan gaya hidup sihat melalui sukan,” katanya.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen padu dalam memastikan kejayaan penganjuran Cabaran MTB Kalaka 2025.

Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Pasukan Command muncul juara tarik tali Piala YB Mohamad Duri
Next: Peminat sanggup beratur hanya kerana patung Ronaldo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.