Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • MOF umum kemudahan kepada industri dalam tempoh peralihan perubahan SST
  • SEMASA

MOF umum kemudahan kepada industri dalam tempoh peralihan perubahan SST

Utusan Sarawak 1 day ago

KUALA LUMPUR:  Kementerian Kewangan (MOF) bersetuju memberi kemudahan kepada pihak industri dalam tempoh peralihan perubahan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) susulan maklum balas kesukaran mematuhi semua keperluan operasi.

Dalam satu kenyataan hari ini, MOF berkata kerajaan memberi kelonggaran kepada pembekal perkhidmatan untuk mengemukakan penyata secara manual bagi tempoh bercukai dari 1 Julai hingga 30 September 2025.

“Bagaimanapun, Cukai Perkhidmatan (CP) masih wajib dikenakan dan dikutip dalam tempoh tersebut. Kerajaan MADANI memahami pembekal perkhidmatan yang memerlukan masa tambahan untuk menaik taraf sistem bagi pematuhan dan pengenaan cukai,” kata MOF.

Dalam pada itu, MOF berkata pengilang yang telah berdaftar diwajibkan mengenakan dan mengutip Cukai Jualan (CJ) mulai 1 Julai, 2025 dan layak memohon pengecualian ke atas bahan mentah digunakan dalam pengilangan barang bercukai.

Selain itu, syarikat yang telah menerima pengecualian CJ melalui Jawatankuasa Pengecualian Cukai (JPC), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sebelum 1 Julai akan terus menikmati pengecualian tersebut, tertakluk kepada tempoh dan syarat ditetapkan.

“Namun, sekiranya syarikat berkenaan mengilang barang siap bercukai selepas 1 Julai dan telah mencapai nilai ambang ditetapkan, mereka diwajibkan berdaftar sebagai pengilang berdaftar dan boleh memohon pengecualian melalui portal MySST di mysst.customs.gov.my.

“MOF berharap kemudahan ini akan terus membantu melancarkan urusan perniagaan serta memudahkan pematuhan oleh syarikat yang terlibat dalam peluasan skop SST,” katanya.

Orang awam dan para peniaga yang mahu mengetahui maklumat lanjut boleh menghubungi hotline Pusat Panggilan Jabatan Kastam Diraja Malaysia di talian 1-300-888-500.– Bernama

Continue Reading

Previous: Zabariah dilantik menjalankan kuasa dan tugas Presiden Mahkamah Rayuan
Next: Dato Wee Hong Seng kongsi pendekatan MBKS di Vienna

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.