Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • MOF pertimbang tambah baik ekosistem logistik
  • BISNES

MOF pertimbang tambah baik ekosistem logistik

Utusan Sarawak 3 years ago

“INI selaras dengan hasrat Bajet 2023 iaitu untuk memperkukuh pemulihan, memudah cara pembaharuan ke arah kemampanan daya tahan ekonomi dan kesejahteraan Keluarga Malaysia.” -Datuk Indera Mohd Shahar Abdullah

BINTULU: Kementerian Kewangan (MOF) akan mempertimbang penambahbaik ekosistem logistik dalam penyediaan Bajet 2023 untuk memudahkan aktiviti perdagangan serantau.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Indera Mohd Shahar Abdullah berkata, ia kerana industri penghantaran barang merupakan bidang yang berpotensi tinggi bagi membina pertumbuhan baru berteraskan aktiviti eksport.

“Ini selaras dengan hasrat Bajet 2023 iaitu untuk memperkukuh pemulihan, memudah cara pembaharuan ke arah kemampanan daya tahan ekonomi dan kesejahteraan Keluarga Malaysia.

“Ini semua akan diperkukuh melalui jalinan kerjasama dan penyelarasan yang lebih baik antara Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan pihak

berkepentingan melalui sesi libat urusan dan pertemuan secara berkala,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pihak media selepas Program Libat Urus Bersama Pemain Industri Freight Forwarding dan Perkapalan di Auditorium Menara Kidurong di Lembaga Pelabuhan Bintulu di sini, semalam.

Selain itu, tambahnya, MOF akan menjajarkan semula proses penyampaian perkhidmatan agar lebih memudah cara dan berpandukan data kerana kepentingan menyampaikan maklumat yang betul, tepat dan mudah merupakan satu cabaran yang perlu disahut oleh pihak Kerajaan.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa Pelabuhan Bintulu satu-satunya pelabuhan laut dalam di Sarawak yang menjadi pemangkin kepada pembangunan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) sekali gus menggalakkan pelaburan asing khususnya di Taman Perindustrian Samalaju (SIP).

“Dengan pengumuman fasa peralihan endemik bermula 1 April serta

kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang diwarta kerajaan mulai 1 Mei lepas, kita dapat melihat ekonomi negara kembali rancak semula.

“Ini dapat dilihat dengan prestasi Pelabuhan Bintulu pada 2022 iaitu 27,000 hingga 33,000 kendalian kontena dalam sebulan, 3.3 juta hingga 3.9 juta kendalian kargo dalam sebulan; dan 500 hingga 600 singgahan kapal dalam sebulan,” jelasnya.

Ujar beliau, sektor ekonomi yang mula dibuka secara tidak langsung membaik pulih ekonomi rakyat serta golongan yang terjejas akibat kesan pandemik Covid-19 yang telah melanda dunia dan Malaysia selama dua tahun lebih.

“Sebagai Pihak Berkuasa dan Badan Kawalselia Pelabuhan, saya percaya visi dan misi Lembaga Pelabuhan Bintulu untuk menjadi pelabuhan yang paling efisien, selamat dan menguntungkan di rantau ini pasti tercapai dengan kerjasama semua pihak,” ujarnya lagi.

Continue Reading

Previous: • Lawatan kerja TPM Singapura Perkukuh hubungan, kerjasama dua hala
Next: S’wak sasar eksport udang cecah RM1 bilion menjelang 2030

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.