Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Modal awal perniagaan francais serendah RM50,000 sedang diteliti
  • BISNES

Modal awal perniagaan francais serendah RM50,000 sedang diteliti

Utusan Sarawak 5 years ago

SEPANG, 7 Julai -- Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi (tengah) bersama Pemilik Francais CoolBlog Kip Mall Muhamad Faathir Basar (kiri) ketika mengadakan tinjauan mesra ke 13 outlet francais di KIP Mall Kota Warisan, hari ini.
Lawatan beliau merupakan sebahagian daripada Program Jelajah Pembangunan Francais Domestik di Malaysia yang diselia Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama Persatuan Francais Malaysia (MFA). Turut sama, Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad (kanan). --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

MESRA … Datuk Alexander Nanta Linggi (tengah) bersama Pemilik Francais CoolBlog Kip Mall Muhamad Faathir Basar (kiri) ketika mengadakan tinjauan mesra ke 13 outlet francais di KIP Mall Kota Warisan, semalam. Lawatan beliau merupakan sebahagian daripada Program Jelajah Pembangunan Francais Domestik di Malaysia yang diselia Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama Persatuan Francais Malaysia (MFA).Turut sama, Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad (kanan). • Foto BERNAMA

SEPANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang meneliti cadangan untuk menurunkan modal permulaan perniagaan francais kepada serendah RM50,000.

Menterinya Datuk Alexander Nanta Linggi berkata pihaknya juga dalam proses mendapatkan pandangan pelbagai pihak terutama usahawan bagi mengenal pasti perniagaan francais yang sesuai dengan jumlah modal tersebut.

Menurutnya, langkah yang bertujuan menggalakkan perniagaan sistem itu juga menjadi antara fokus Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional 2021-2025 yang sedang dirangka bagi pengembangan industri tersebut.

“Ini bertujuan menurunkan harga (modal permulaan) francais ke tahap murah dan berpatutan untuk mereka yang berminat menceburi sektor itu berikutan kebanyakannya sukar mendapat modal,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan tinjauan mesra ke 13 outlet francais di KIP Mall Kota Warisan di sini, semalam.

Lawatan beliau merupakan sebahagian daripada Program Jelajah Pembangunan Francais Domestik di Malaysia yang diselia KPDNHEP dengan kerjasama Persatuan Francais Malaysia (MFA).

Selain itu, Nanta turut menggalakkan pusat beli-belah untuk menempatkan peniaga francais bagi membantu pengiat terbabit, terutamanya mereka yang baru menceburi perniagaan tersebut.

“Masalah yang sering dihadapi golongan terbabit adalah mencari tempat serta sewa yang mahal,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kumpulan sawit Sabah perlu pelbagaikan tanaman
Next: Bekerjasama lahirkan usahawan pertanian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.