Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Mobiliti Bersama Tongkat Putih didik masyarakat prihatin terhadap OKU
  • TEMPATAN

Mobiliti Bersama Tongkat Putih didik masyarakat prihatin terhadap OKU

Utusan Sarawak 14 hours ago
MOHAMAD Duri semasa merasmikan Penganjuran Mobiliti Bersama Tongkat Putih di Saratok Town Square, semalam. Foto: ADUN Kalaka

SARATOK: Penganjuran Mobiliti Bersama Tongkat Putih diyakini mampu memberi kesedaran kepada orang awam mengenai golongan buta atau cacat penglihatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata penganjuran berkenaan juga adalah juga untuk memberi pendedahan kepada orang ramai supaya bersikap prihatin apabila mendekati golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) penglihatan menggunakan tongkat putih.

“Penganjuran Mobiliti Bersama Tongkat Putih yang dianjurkan oleh Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) Cawangan Sarawak di Saratok ini akan mampu memberi kesedaran kepada masyarakat tentang hak-hak OKU penglihatan dan menyuntik kesedaran umum agar bersikap prihatin terhadap pemegang ‘tongkat putih’.

“Ia turut untuk memberi galakan kepada golongan OKU penglihatan untuk meningkatkan keyakinan diri apabila berada dalam komuniti, serta mempromosi tahap fungsi yang maksimum dikalangan OKU penglihatan dalam aktiviti riadah,” katanya semasa merasmikan Penganjuran Mobiliti Bersama Tongkat Putih di Saratok Town Square, semalam.

Mohamad Duri berkata program mobiliti berkenaan diharap memberi kesedaran kepada masyarakat dalam menyelami perasaan mereka yang mengalami masalah penglihatan, di samping meningkatkan semangat golongan OKU penglihatan agar mereka tidak terasa disisihkan masyarakat dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan.

“Menyedari pentingnya kesedaran dan sokongan daripada masyarakat terhadap keperluan golongan OKU penglihatan ini, adalah diharapkan program ini akan dapat mengikis persepsi negatif masyarakat dan bersama-sama membantu golongan ini dalam apa jua aspek. 

“Keperihatinan masyarakat akan membolehkan golongan OKU penglihatan menjalani kehidupan seperti insan lain dan sekaligus mengubah nasib insan-insan istimewa ini,” katanya.

Mohamad Duri turut berterima kasih atas penglibatan 55 ahli pertubuhan (orang buta) dan 15 sukarelawan yang menjayakan program itu dan berharap pihak berkuasa tempatan terus menaik taraf kemudahan mesra OKU di bandar-bandar besar di Sarawak termasuk pekan seperti Saratok.

Pengerusi SBM Cawangan Sarawak, Isak Ngau turut memberikan pencerahan berkaitan pertubuhan SBM Cawangan Sarawak yang mana telah disertai lebih 300 ahli. Beliau menjelaskan pertubuhan ini menggalakkan orang yang cacat penglihatan (buta) menjalani kehidupan dan menjalankan kegiatan ekonomi bersama dengan komuniti setempat.

“SBM Cawangan Sarawak merakamkan penghargaan kepada ADUN Kalaka atas sokongan yang baik terhadap program-program OKU dari segi penglihatan. Penghargaan juga kepada Kapitan Gan Eng Kie atas segala bantuan dan sokongan kepada SBM di sepanjang program ini berlangsung,” jelasnya.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sambut Gawai ikut kemampuan, elak pembaziran
Next: Masyarakat main peranan banteras dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.