Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MLNG salur bantuan kepada mangsa kebakaran rumah panjang di Sebauh
  • Utara
  • WILAYAH

MLNG salur bantuan kepada mangsa kebakaran rumah panjang di Sebauh

Utusan Sarawak 1 day ago
PENGURUS Besar Kanan MLNG, Abang Jimmy Abang Mordian (kiri) menyerahkan bantuan bencana kepada Tuai Rumah Chalie Mbo sambil disaksikan Pengurus Kanan MLNG, Hayati Sudin dan Pegawai Pejabat Daerah Sebauh, Dennis Gasing Inggu semasa Program Memacu Kehidupan: Bantuan Bencana Kebakaran di Rumah Chalie, Sungai Sawa Sera, Ulu Sebauh, baru-baru ini.

SEBAUH: Malaysia LNG Sdn Bhd (MLNG), anak syarikat Petronas, menyalurkan bantuan keperluan asas kepada mangsa kebakaran di Rumah Chalie, Sungai Sawa Sera, Ulu Sebauh menerusi program khas bertemakan “Memacu Kehidupan: Bantuan Bencana Kebakaran”, baru-baru ini.

Bantuan yang disalurkan merangkumi alat kebersihan diri, makanan, minuman serta kanopi, dan diagihkan kepada 12 ketua isi rumah, membabitkan seramai 90 mangsa yang terkesan akibat kejadian tersebut.

Penyerahan bantuan disempurnakan oleh Pengurus Besar Kanan MLNG, Abang Jimmy Abang Mordian, sambil diiringi Pengurus Kanan MLNG, Hayati Sudin.

Turut hadir, Pegawai Pejabat Daerah Sebauh, Dennis Gasing Inggu, serta Tuai Rumah Chalie Mbo.

Kebakaran yang berlaku pada malam 11 Mei lalu telah memusnahkan sepenuhnya 12 pintu rumah panjang dan menyebabkan kira-kira 90 penghuni kehilangan tempat tinggal. Seorang wanita warga emas berusia 65 tahun turut dilaporkan mengalami kecederaan ringan dalam kejadian tersebut.

MLNG menerusi inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) terus komited menyantuni komuniti setempat yang dilanda musibah, selain berusaha meringankan beban mereka untuk meneruskan kehidupan.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: 345 penduduk terima surat hak milik tanah di Bintulu
Next: Kerja penggalian punca gangguan bekalan elektrik di Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.