Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Miss Universe Malaysia 2025 milik Chloe Lim
  • NASIONAL

Miss Universe Malaysia 2025 milik Chloe Lim

Utusan Sarawak 4 hours ago
JUARA… Chloe Lim (tengah), 27 dinobatkan sebagai pemenang Miss Universe Malaysia 2025 pada acara pertandingan Miss Universe Malaysia 2025 di sebuah hotel, malam tadi. Tempat kedua dimenangi oleh penasihat perniagaan Priyaa Simmi (kiri), 30, manakala tempat ketiga milik model, Jen Li (kanan), 28. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perunding pengurusan Chloe Lim, 27, dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2025 secara sebulat suara oleh juri dalam acara kemuncak pertandingan itu yang berlangsung di sini malam tadi.

Menewaskan 15 peserta lain, kemenangan itu melayakkan Lim, atau nama sebenarnya Chloe Lim Sue Lyn, mewakili negara ke pertandingan Miss Universe 2025 di Pak Kret, Nonthaburi, Thailand pada November depan.

CHLOE Lim, 27, dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2025 pada pertandingan akhir yang berlangsung di sebuah hotel malam tadi. Chloe akan mewakili Malaysia ke pertandingan Miss Universe 2025 di Pak Kret, Nonthaburi, Thailand pada November ini. Foto BERNAMA

Tempat kedua dimenangi oleh penasihat perniagaan Priyaa Simmi, 30,  manakala tempat ketiga milik model, Jen Li, 28.

Pada sidang media selepas Miss Universe Malaysia Gala Finals 2025 itu, Lim yang mengakui saingan edisi kali ini amat sengit meluahkan kesyukuran atas kemenangannya.

“Tidak ada apapun yang pasti dalam hidup ini, namun kita lakukan yang terbaik agar tidak menyesal dan itulah yang akan saya lakukan,” kata anak jati Kuala Lumpur itu. 

Beliau yang sedar akan tanggungjawab besar menunggunya di Thailand selepas Miss Universe Malaysia 2024 Sandra Lim mencipta sejarah di Mexico tahun lepas, berikrar memberikan persembahan terbaik.

“Sandra meninggalkan legasi yang membanggakan Malaysia. Justeru, saya berjanji akan memberikan yang terbaik, tidak kira sesukar manapun keadaan. Saya akan buat yang terbaik demi mengangkat nama Malaysia,” katanya.

Untuk rekod, tahun lalu Sandra melakar sejarah negara apabila menjadi wakil Malaysia yang pertama dalam tempoh 54 tahun melayakkan diri  ke Terbaik 30 daripada 125 peserta dalam  pertandingan Miss Universe 2024 di Mexico City, Mexico. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Gempa bumi kuat 7.3 melanda Kamchatka, Rusia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.