DITEMUI… Penyelam Albania melihat peluru yang ditemui semasa operasi bersama dengan penyelam Perancis dari
Kapal Pluton untuk membersihkan dasar laut Laut Adriatik daripada peluru Perang Dunia II di Teluk Vlora, barat daya Albania. • Foto AFP
VLORE: Seorang penyelam muncul dari air membawa peluru meriam yang diletakkannya dengan berhati-hati di pantai berbatu yang terletak teluk Vlora, salah satu tapak terindah di Riviera Albania,
Peluru dan bom tangan sejak Perang Dunia II (WWII) berkarat di dasar laut, mencemarkan air dan menimbulkan ancaman maut kepada kehidupan.
Di atas kapal sokongan menyelam “Pluton”, sekumpulan sekitar 10 penyelam penyahlombongan Perancis dan Albania dalam misi bersama untuk mencari dan mengeluarkan peluru walaupun tiada siapa yang tahu jumlah sebenar peluru dan bom yang masih kekal.
Dalam masa kurang dua jam, penyelam mengumpul 85 butir peluru yang mengagumkan yang berkemungkinan sengaja dilemparkan ke laut yang diduduki tentera Itali lebih tujuh dekad lalu.
“Ia adalah kerjasama dengan tentera laut Albania, yang mengetahui tapak itu lebih baik daripada kita,” kata Kapten Aymeric Barazer de Lannurien, Komander Kontinjen Perancis.
Dalam pada itu, pakar turut mendapatkan semula sejumlah 310 peranti semasa usaha bersama Franco-Albania tahun lalu.
Barazer de Lannurien berkata, kebanyakan peluru yang ditemui adalah peluru meriam, bersarang di antara batu di dasar laut.
“Kami menemui satu atau dua bom tangan yang berada di bahagian bawah antara batu, mudah diakses oleh penduduk (yang) boleh membahayakan perenang,” katanya mengimbas misi tahun lalu.
Pada kali ini, pasukan itu berkata, mereka menemui mortar dan peluru berkaliber antara 20 milimeter (mm) hingga 155 mm.
Walaupun tiada anggaran rasmi tentang kuantiti amunisi yang tenggelam, pakar menganggarkan bahawa sekurang-kurangnya 20 bangkai kapal WWII terletak berhampiran Pantai Adriatik, Albania.
Pasukan itu mahir dalam mengendalikan pembuangan yang boleh membawa maut, tetapi ambulans diletakkan berdekatan sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku kecemasan.
Tentera Albania kemudian mengumpul peluru dan memusnahkannya di pangkalan tentera di ibu kota Tirana.
Pasukan itu bukan sahaja menghadapi risiko letupan yang sentiasa ada, tetapi juga laut bergelora dan panas terik.
“Menyelam pelupusan bom adalah satu profesion, tetapi di atas semua itu ia adalah keghairahan yang hebat,” kata Kapten Albania, Ilirian Kristo. -AFP