Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Misi FFC x TTMG: Kerajaan usaha segerakan bawa pulang rakyat Malaysia – Mohamad Hasan
  • NASIONAL

Misi FFC x TTMG: Kerajaan usaha segerakan bawa pulang rakyat Malaysia – Mohamad Hasan

Utusan Sarawak 7 hours ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan tepukan gemuruh tanda penghargaan kepada sukarelawan yang menyertai Global Sumud Flotila (GSF) pada Himpunan Solidariti Bersama Gaza di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil hari ini. Turut sama Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Datuk Dr Ahmad Sani Araby Al-Kahery. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Wisma Putra telah menghubungi Turkiye dan Timbalan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Christopher Landau sebagai usaha menyegerakan pembebasan sembilan aktivis Malaysia dalam misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens To Gaza (FFC x TTMG) yang ditahan tentera Israel.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan ketika berucap pada Himpunan Solidariti Bersama Gaza di Axiata Arena Bukit Jalil di sini malam ini, yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita akan berusaha (membebaskan sembilan aktivis) kalau boleh secepat mana yang telah berjaya kita bantu bebaskan 23 aktivis Malaysia yang sertai Global Sumud Flotilla (yang turut ditahan Israel sebelum ini),” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) Datuk Seri Prof Dr Kamal Nasharuddin Mustapha memaklumkan kesemua sembilan kapal misi kemanusiaan FFC x TTMG telah dirampas secara haram oleh Israel termasuk yang membawa sembilan sukarelawan Malaysia pada 10.50 pagi waktu Malaysia.

Lapan rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Conscience ialah Ketua Delegasi Malaysia Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin, Dr Fauziah Mohd Hassan, Dr Hafiz Sulaiman dan Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi.

Turut berada di atas kapal sama Prof Dr Mohd Afandi Salleh, Dr Noorhasyimah Ismail, Norsham Abu Bakar dan wartawan Astro Awani Syafik Shukri Abdul Jalil, manakala seorang lagi doktor perubatan, iaitu Dr Maziah Muhammad berada di atas kapal Umm Saad.

Dalam pada itu, Mohamad menegaskan Malaysia akan terus bersuara memperjuangkan kemerdekaan Palestin di pentas antarabangsa.

“Malaysia akan terus menekan supaya bumi Palestin yang merdeka ditubuhkan segera. Semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu banyak negara menyatakan sokongan dan iktiraf negara Palestin merdeka.

“Kita yakin tidak lama lagi Palestin yang merdeka akan diwujudkan bila-bila masa dengan segera,” katanya.

-BERNAMA

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: AMARAN RIBUT PETIR

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.