Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • MIS: LPB, SAINS salur RM3 juta zakat perniagaan kepada TBS
  • TEMPATAN

MIS: LPB, SAINS salur RM3 juta zakat perniagaan kepada TBS

Utusan Sarawak 9 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyaksikan penyerahan zakat perniagaan RM3 juta oleh LPB dan SAINS kepada Tabung Baitulmal Sarawak di Kuching. Foto UKASĀ 

KUCHING: Zakat perniagaan berjumlah RM3 juta disalurkan kepada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS), hari ini, melibatkan sumbangan Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB) dan Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS).

Penyerahan itu disaksikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam majlis di Kompleks Satria Pertiwi, di sini.

LPB menyumbang RM2 juta yang disampaikan oleh Pengerusinya, Dato Sharkawi Alis kepada Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk Misnu Taha.

PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyaksikan penyerahan zakat perniagaan RM3 juta oleh LPB dan SAINS kepada Tabung Baitulmal Sarawak di Kuching. Foto UKASĀ 

SAINS pula menyalurkan RM1 juta menerusi Timbalan Pengerusinya, Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Dato Husain kepada Datuk Misnu.

Sumbangan ini mencerminkan komitmen berterusan agensi dan syarikat berkaitan kerajaan dalam memperkukuh dana kebajikan Islam negeri serta membantu golongan asnaf di Sarawak.

Turut hadir, Pengerusi SAINS, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam.

Majlis turut dihadiri, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Ahli Lembaga Pengarah SAINS, Dato Sri Dr Wan Lizozman Wan Omar, Ketua Pegawai Eksekutif SAINS, Busiai Seman, Ahli Lembaga Pengarah SiliconNet Technologies (SNT) Sdn Bhd, Dato Sri Dr Muhammad Abdullah Zaidel serta Pengurus Besar TBS, Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie.

Continue Reading

Previous: KPDN perketat pemantauan harga barangan keperluan sempena Hari Gawai
Next: KDJA mahu kebajikan, perlindungan wartawan Sarawak diperkukuh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.