Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Miri raikan 20 tahun sebagai Bandaraya Peranginan pertama bukan ibu negeri
  • Utara
  • WILAYAH

Miri raikan 20 tahun sebagai Bandaraya Peranginan pertama bukan ibu negeri

Utusan Sarawak 1 day ago
DATUK Bandar Miri, Dato Adam Yii Siew Sang semasa berucap dalam sambutan ulang tahun ke-20 Bandaraya Miri di Pullman Hotel, Miri, semalam. -Foto UKAS
 

MIRI: Semalam genap 20 tahun Miri diiktiraf sebagai Bandaraya Peranginan ke-10 di Malaysia, merupakan bandar pertama bukan ibu negeri yang menerima status bandar raya.

Mengimbau kembali detik bersejarah yang terus menjadi kebanggaan warganya hingga ke hari ini, Datuk Bandar Miri, Dato Adam Yii Siew Sang menyifatkannya sebagai hasil daripada usaha bersepadu dan persediaan rapi selama satu dekad oleh pelbagai pihak.

“20 tahun yang lalu, pada tarikh ini, Miri diangkat menjadi bandaraya selepas 10 tahun persediaan rapi.

“Ia adalah detik bersejarah hasil usaha gigih ramai pihak, dan kita amat bersyukur atas pencapaian ini,” katanya semasa berucap dalam sambutan ulang tahun ke-20 Bandaraya Miri di Pullman Hotel, Miri, semalam.

Adam Yii turut menekankan pelbagai pencapaian Miri sejak menerima status bandaraya, termasuk kemajuan dalam pembangunan infrastruktur, pelaburan, pelancongan dan keterangkuman sosial.

Dengan Visi Majlis Bandaraya Miri (MBM) mahu menjadikan Miri sebagai “Bandaraya Hijau, Pintar dan Paling Selesa Didiami”, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan seperti pemasangan lampu jalan solar, pembinaan taman-taman awam, pelaksanaan Car Free Day, serta kempen Say No to Plastic.

Miri juga menjadi perintis kepada projek Smart City Proof of Concept sejak 2019, termasuk aplikasi parkir pintar dan pembukaan Miri Smart City Command Centre (MSCCC).

“Miri satu-satunya bandaraya di Sarawak yang menawarkan aplikasi parkir pintar, yang amat digemari golongan muda,” jelasnya.

Tambahnya, Miri juga terus mengorak langkah sebagai bandaraya inklusif, dengan menjadi penandatangan kepada Inisiatif Bandar Mesra Kanak-Kanak UNICEF (CFCI) dan Bandar Mesra Warga Emas (AFCC) bersama Curtin University Malaysia.

Melangkah ke masa hadapan, Adam Yii memaklumkan beberapa projek berskala besar sedang dirancang dan dilaksanakan, antaranya Loji Janakuasa Gabungan 500MW di Lutong, pendalaman muara Sungai Baram, pembangunan Kenyalang Smart City, dan Beraya Resort.

Selain itu katanya, penubuhan Fudan SEA Institute of Integrative Medicine, Kampus Bandaraya Miri dijangka merangsang industri pelancongan perubatan dan menaikkan lagi nama Miri di peringkat antarabangsa.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian, Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin, serta beberapa pemimpin dan tetamu kehormat lain. -UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kembara MDK 2025 tarik 250 peserta di SMK Kubong
Next: Orang ramai dijemput sertai derma darah Sabtu ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.