Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Miri perkukuh pemuliharaan marin menerusi operasi pembersihan pukat hantu
  • Utara
  • WILAYAH

Miri perkukuh pemuliharaan marin menerusi operasi pembersihan pukat hantu

Utusan Sarawak 12 hours ago
TERIMA KASIH…Adam Yii Siew Sang menerima cenderamata yang disampaikan oleh Presiden NSJA,Chai Chon Chin selepas merasmikan program Lindungi Terumbu Miri : Operasi Pembersihan Pukat Hantu di Miri hari ini.

MIRI: Usaha melindungi ekosistem marin dan terumbu karang di perairan Miri terus diperkukuh menerusi penganjuran Lindungi Terumbu Miri : Operasi Pembersihan Pukat Hantu yang menghimpunkan pelbagai pihak dalam misi pemuliharaan alam sekitar.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri, Adam Yii Siew Sang berkata, inisiatif berkenaan mencerminkan tanggungjawab bersama dalam memastikan khazanah marin Miri terus terpelihara untuk generasi akan datang.

Menurutnya, Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) wajar diberikan penghargaan atas komitmen berterusan mereka dalam usaha pemuliharaan laut sejak 2019.

“NSJA telah berjaya mengeluarkan sebanyak 497 kilogram pukat hantu, iaitu pukat nelayan terbiar atau dibuang di laut, dari Taman Negara Terumbu Karang Miri-Sibuti, sekali gus menjadikan mereka antara organisasi media paling proaktif di Malaysia dalam usaha ini.

“Selain operasi pembersihan dasar laut, NSJA juga aktif menjalankan program pembersihan pantai serta meningkatkan kesedaran masyarakat melalui laporan media berkaitan isu alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena program berkenaan.

Adam Yii berkata, usaha tersebut selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG), khususnya SDG 14: Hidupan Di Bawah Air, yang memberi penekanan terhadap pengurangan pencemaran marin dan perlindungan ekosistem laut.

Beliau menegaskan, pemuliharaan marin bukan sahaja penting dari sudut alam sekitar, malah turut memainkan peranan besar dalam memperkukuh kedudukan Miri sebagai destinasi pelancongan lestari bertaraf antarabangsa.

“Terumbu karang Miri merupakan aset semula jadi yang amat bernilai dan menjadi tarikan utama kepada penyelam serta pelancong dari seluruh dunia.

“Dengan memastikan perairan kita kekal bersih dan sihat, kita sedang memperkukuh reputasi Miri sebagai bandar raya pelancongan yang bertanggungjawab,” ujarnya.

Tambah beliau, kejayaan pemuliharaan alam sekitar memerlukan kerjasama berterusan antara kerajaan, NGO, sektor swasta dan masyarakat bagi memastikan warisan semula jadi Miri terus terpelihara.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Penipuan guna panggilan WhatsApp semakin canggih, orang ramai diingatkan berwaspada
Next: 85 kilogram jaring hantu dikeluarkan dari perairan Miri-Sibuti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.