Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Miri kekal bebas rabies 1,182 anjing divaksin setakat Januari hingga Julai ini
  • KESIHATAN

Miri kekal bebas rabies 1,182 anjing divaksin setakat Januari hingga Julai ini

Utusan Sarawak 19 hours ago
VAKSIN…Pemilik anjing tidak melepaskan peluang menghantar anjing mereka untuk divaksin pada Program Vaksinasi Anti-Rabies, Mikrocip dan Pelesenan Anjing di Tamu Taman Tunku hari ini.

MIRI: Sebanyak 1,182  anjing sudah divaksin sejak Januari hingga Julai tahun ini di Miri bagi menyekat wabak rabies atau penyakit anjing gila.

Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, sehingga ini Miri masih  kekal bebas rabies.

“Oleh itu, kita minta kerjasama orang ramai supaya menghantar anjing mereka untuk divaksin kerana vaksin rabies hanya bertahan selama setahun.

“Miri merupakan salah satu bahagian yang bebas rabies sejak beberapa tahun lalu, oleh itu kita meminta kerjasama orang ramai untuk  memastikan Miri kekal bebas rabies,” katanya ketika ditemui pada Program Vaksinasi Anti-Rabies, Mikrocip dan Pelesenan Anjing di Tamu Taman Tunku hari ini.

VAKSIN…Pemilik anjing tidak melepaskan peluang menghantar anjing mereka untuk divaksin pada Program Vaksinasi Anti-Rabies, Mikrocip dan Pelesenan Anjing di Tamu Taman Tunku hari ini.

Program anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) itu diadakan selama dua hari di Taman Tunku bermula semalam.

Selain itu, program tersebut diadakan bagi memudahkan pemilik anjing untuk mendapatkan suntikan antirabies untuk anjing mereka.

Program  ini akan diteruskan di Nam Leong Senadin pada 16 dan 17 Ogos ini dan Taman Awam Miri pada 23 dan 24 Ogos bermula dari 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Rakyat perlu utamakan kesihatan, sambut baik Agenda Nasional Malaysia Sihat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.