Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Miri dikenal pasti antara kawasan panas bawa masuk dadah
  • JENAYAH

Miri dikenal pasti antara kawasan panas bawa masuk dadah

Utusan Sarawak 6 months ago
SIDANG MEDIA… Dato’ Seri Khaw Kok Chin ketika bercakap semasa sidang media selepas Perbairsan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel Bil.73 Siri 8/2024 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching.

KUCHING: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) sentiasa komited untuk mencari kaedah baharu untuk meningkatkan kecekapan pegawai dan anggotanya dalam memerangi sindiket pengedaran dadah.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Dato’ Seri Khaw Kok Chin berkata, ia termasuk memperkasa elemen pencegahan narkotik di lapangan terbang dan pelabuhan utama bagi memastikan cubaan sindiket membawa masuk dadah ke negeri ini.

“Berdasarkan siasatan sebelum ini, kebanyakan modus operandi untuk membawa masuk dadah ke Sarawak adalah menggunakan pengangkutan udara dan laut selain menggunakan perkhidmatan kurier.

“Pada masa ini, Miri telah dikenal pasti sebagai antara kawasan panas yang banyak digunakan sindiket untuk membawa masuk dadah ke Sarawak dengan modus operandi yang dinyatakan tadi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching, Jalan Puncak Borneo, di sini, hari ini.

Menjelas lanjut, katanya kenaikan harga syabu yang mencecah lebih 10 kali ganda sebaik berjaya diseludup keluar dari Sarawak menjadikan wilayah ini sebagai transit utama sindiket penyeludupan dadah itu dari Semenanjung Malaysia.

Menurutnya, bekalan dadah itu kemudian akan dihantar ke Kalimantan, Indonesia dengan harga mencecah sehingga RM450,000 sekilogram berikutan permintaan yang tinggi.

“Dalam perbincangan saya dengan pihak berkuasa pencegahan narkotik di Indonesia baru-baru ini, saya dimaklumkan harga syabu yang diseludup dari Malaysia (Sarawak) mencapai RM450,000 satu kilogram sedangkan di negara kita harganya kira-kira RM33,000 sekilogram.

“Ini yang mendorong sindiket untuk menyeludup dadah itu dari Semenanjung ke Sarawak untuk dihantar ke Kalimantan,” jelasnya.

Sehubungan itu, dedahnya, JSJN turut mendapatkan kerjasama unit lain dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA) untuk melakukan pemeriksaan mengejut di lapangan terbang serta pelabuhan di Sarawak.

Oleh Rynna Sha’erra

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki ditahan disyaki edar dadah
Next: Lelaki meninggal dunia di bilik hotel

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.