Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Miri bersiap sedia jadi pusat sambutan Hari Sarawak 2025
  • TEMPATAN

Miri bersiap sedia jadi pusat sambutan Hari Sarawak 2025

Utusan Sarawak 1 day ago
DATO Sri Lee Kim Shin ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Sarawak di Pejabat Residen Bahagian Miri, hari ini.

MIRI: Bandar Raya Miri bakal menjadi pusat tumpuan sempena sambutan Hari Sarawak 2025, yang akan diraikan secara besar-besaran selama tiga hari berturut-turut bermula 20 hingga 22 Julai ini.

Menteri Pengangkutan yang juga Menteri Bertanggungjawab Sambutan, Dato Sri Lee Kim Shin, berkata pengisian sambutan kali ini bersifat inklusif, bertujuan menyemai semangat cintakan negeri, memperkukuh perpaduan serta menghargai pencapaian Sarawak sejak penubuhan kerajaan sendiri pada 22 Julai 1963.

“Hari Sarawak adalah hari untuk kita semua, tanpa mengira bangsa, agama atau latar belakang – bersatu hati meraikan sejarah dan kejayaan negeri,” katanya pada sidang media di Pejabat Residen Bahagian Miri, hari ini.

Sehubungan itu, sambutan dimulakan dengan Karnival Jualan dan Sarawak Talent dari 20 hingga 22 Julai di Stadium Bandaraya Miri.

Program Zumba Ria pula akan berlangsung pada pagi 20 Julai di pekarangan stadium dengan penyertaan lebih 1,200 peserta, diikuti Majlis Kesyukuran Agama-Agama Lain pada malam yang sama di Meritz Hotel dan Majlis Kesyukuran Islam di Masjid At-Taqwa pada 21 Julai.

Acara kemuncak di Stadium Bandaraya Miri dijangka dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta dihadiri lebih 5,000 pengunjung.

Sambutan Hari Sarawak 2025 bukan sekadar memperingati sejarah, tetapi juga sebagai wadah memperteguh aspirasi negeri ke arah Sarawak Maju Makmur dengan keterlibatan seluruh rakyat.

Turut hadir Timbalan Menteri dan pegawai kanan kerajaan negeri termasuk Datuk Rosey Yunus, Dato Sebastian Ting Chiew Yew, Datuk Dr. Ripin Lamat, Datuk Dr. Penguang Manggil, Pengarah Unit Protokol, Istiadat dan Pengurusan Acara, Datu Hamdan Sharbini serta Residen Bahagian Miri, Galong Luang.

Oleh Adum Liu

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: MBKS wants win win situation with the public
Next: Wanita PRS fokus persiapan rapi hadapi TDC pada 18-19 Oktober depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.