Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Miri bersedia jadi tuan rumah Hari Sarawak 2025
  • TEMPATAN

Miri bersedia jadi tuan rumah Hari Sarawak 2025

Utusan Sarawak 2 weeks ago
MESYUARAT Miri tuan rumah sambutan Hari Sarawak 2025 yang dipengerusikan oleh Residen Bahagian Miri, Galong Luang yang turut dihadiri Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang merakamkan album selepas mesyuarat diadakan semalam. Foto: Adum Liu

MIRI: Bandaraya Miri bersiap sedia untuk menjadi tuan rumah bagi sambutan Hari Sarawak 2025 yang dijadualkan berlangsung pada 22 Julai ini.

Pelbagai pengisian program berskala besar dirancang dalam usaha memperkukuh semangat kenegaraan, perpaduan dan cintakan negeri dalam kalangan rakyat Sarawak.

Persiapan giat dijalankan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Sambutan Hari Sarawak 2025 Bahagian Miri Bil 2/2025 yang diadakan di Pejabat Residen Bahagian Miri petang semalam.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Residen Bahagian Miri, Galong Luang dan turut dihadiri oleh pelbagai pemimpin dan wakil agensi, termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut merangkap Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang.

Dalam mesyuarat tersebut, Galong menekankan keperluan penyelarasan rapi dan kerjasama strategik antara semua jabatan dan agensi bagi memastikan kelancaran acara.

Penekanan turut diberikan terhadap aspek keselamatan, promosi, pengurusan majlis dan penglibatan masyarakat setempat.

Antara pengisian menarik yang dijadualkan termasuk karnival jualan dan pameran, Sarawak talent, zumba, unity walk, majlis kesyukuran agama-agama lain, sesi townhall bersama kepimpinan negeri, serta acara kemuncak Perhimpunan Hari Sarawak pada malam 22 Julai di Stadium Bandaraya Miri.

Sambutan ini juga bakal dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang juga dijangka hadir memeriahkan sambutan itu kelak.

Oleh Adum Liu

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: LPKP Sarawak engages local councils on parking violations, bus stop improvements
Next: Utamakan keselamatan, bukan kerana pihak berkuasa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.