Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • MIRDA, BIRDCOM pemangkin pembangunan infrastruktur
  • TEMPATAN

MIRDA, BIRDCOM pemangkin pembangunan infrastruktur

Utusan Sarawak 4 hours ago
ADUN Kakus , Dato Sri John Sikie Tayai menerima cenderamata pdad Majlis Pemimpin Bersama Rakyat sempena Perasmian Biro Wanita Tinting Petai, di sini, petang semalam. Foto UKAS

MIRDA, BIRDCOM pemangkin pembangunan infrastruktur

SELANGAU: Agensi Pembangunan Tengah Rajang (MIRDA) dan Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar Bintulu (BIRDCOM), diyakini mampu mempercepatkan agenda pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kakus yang meliputi bahagian Mukah, Bintulu dan Sibu dengan keluasan hampir 6,000 kilometer persegi.

Menteri di Jabatan Premier merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus , Dato Sri John Sikie Tayai berkata, kewujudan MIRDA dan BIRDCOM bakal menjadi pemangkin kepada usaha kerajaan untuk memperkukuh pembangunan infrastruktur.

“Tumpuan utama kita adalah menyediakan kemudahan asas. Selain itu, kita turut memberi perhatian kepada usaha membangunkan ekonomi rakyat melalui projek pertanian seperti tanaman kelapa sawit dan kopi di bawah MIRDA, yang mampu meningkatkan pendapatan keluarga,” ujarnya ketika berucap dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat sempena Perasmian Biro Wanita Tinting Petai, di sini, petang semalam.

PENDUDUK yang memeriahkan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat sempena Perasmian Biro Wanita Tinting Petai, di sini, petang semalam. Foto UKAS

Menurut beliau, perubahan landskap pembangunan Sarawak pada hari ini merupakan hasil kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang komited dalam mencari sumber pendapatan baharu sekali gus mempelbagaikan pembangunan infrastruktur.

Katanya, semua pihak digesa beri kerjasama bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek-projek pembangunan yang dirancang.

Hal ini susulan beberapa projek bekalan elektrik terbengkalai akibat isu kebenaran laluan tanah, termasuk dari syarikat perladangan kelapa sawit yang menuntut pampasan lebih tinggi daripada kadar yang ditetapkan kerajaan.

“Saya harap syarikat perladangan ini dapat beri kerjasama kerana projek ini beri manfaat bukan sahaja kepada penduduk, malah kepada mereka yang menjalinkan kerjasama ‘joint venture’ dengan masyarakat tempatan dalam projek tanaman kelapa sawit,” katanya lagi.

Sebagai tanda sokongan, Dato Sri John Sikie turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM10,000 di bawah geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada Biro Wanita Rumah Langi.  

-EDISI UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Ceramah keselamatan kebakaran tingkat kesedaran warga sekolah
Next: RM460,000 naik taraf surau Kampung Sungai Endot

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.