Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Minyak masak terpakai kini jadi komoditi utama dalam penghasilan SAF
  • SEMASA

Minyak masak terpakai kini jadi komoditi utama dalam penghasilan SAF

Utusan Sarawak 2 months ago
MENTERI Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Fathopes Energy Vinesh Sinha (kanan) menghadiri Program Fathopes Energy bersama EkoSetiawangsa untuk mengedarkan tong minyak kepada peniaga bazar bagi mengisi minyak masak terpakai di Bazar Ramadan Setiawangsa, semalam. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Minyak masak terpakai kini menjadi komoditi penting kerana boleh digunakan sebagai bahan asas untuk penghasilan bahan api penerbangan mampam (SAF) yang rendah pelepasan karbon.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata selain itu, ia juga dapat membantu menangani pencemaran alam sekitar.

“Dahulu, minyak masak terpakai ini sering kali dibuang begitu sahaja sehingga menyebabkan pencemaran kepada saluran air dan sungai. Namun, pada masa kini, minyak masak terpakai telah mula digunakan sebagai bahan asas untuk penghasilan SAF.

“Dalam beberapa tahun akan datang, SAF dijangka menjadi satu keperluan wajib di peringkat antarabangsa. Oleh itu, pengumpulan dan kitar semula minyak masak terpakai bukan sahaja membantu mengelakkan pencemaran alam sekitar, tetapi juga menyumbang kepada pengurangan pelepasan karbon dalam sektor penerbangan, yang kita tahu merupakan antara sektor dengan kadar pelepasan karbon yang sangat tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program pengumpulan minyak masak terpakai di Bazar Ramadan Taman Setapak Jaya anjuran FatHopes Energy Sdn Bhd dengan kerjasama Eko Setiawangsa di sini, semalam.

Program itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif FatHopes Energy, Vinesh Sinha.

Sementara itu, Vinesh Sinha, berkata sektor penerbangan adalah yang paling sukar untuk dinyahkarbon disebabkan kekurangan alternatif yang berdaya maju.

“Berbanding dengan pengangkutan jalan raya, terdapat pelbagai pilihan seperti elektrifikasi dan hidrogen. Sebagai sebuah syarikat Malaysia, kami percaya adalah tanggungjawab kami untuk membantu menyelesaikan cabaran terbesar dunia,” katanya.

Beliau turut menambah  kerajaan Malaysia telah memberikan sokongan kukuh terhadap inisiatif ini dan berharap dasar baharu akan diperkenalkan untuk mengawal selia keseluruhan ekosistem negara.

Beliau juga berkongsi FatHopes Energy telah mengumpul minyak masak terpakai di Bazar Ramadan di seluruh negara setiap hari.

“Sepanjang Ramadan, kami dapat mengumpul sekitar 2,000 hingga 3,000 kilogram minyak masak terpakai setiap hari dari setiap bazar. Inisiatif ini dilaksanakan di seluruh negara dengan kehadiran yang paling ketara di Kuala Lumpur. Bagaimanapun, kami juga aktif beroperasi di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

“Selain bazar, kami juga memberi tumpuan kepada restoran makanan segera serta premis makanan dan minuman (F&B). Sehingga hari ini, kami beroperasi di 160,000 premis di seluruh Malaysia,” katanya. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pameran MATTA Sarawak 2025 tawar pelbagai pakej pelancongan
Next: Aidilfitri: Tahap kesiapsiagaan hospital pada tahap tertinggi – Dzulkefly

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.