Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • MINDEF kenal pasti alasan peserta PLKN tidak daftar diri
  • SEMASA

MINDEF kenal pasti alasan peserta PLKN tidak daftar diri

Utusan Sarawak 7 hours ago
PELATIH Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) menjalani latihan menembak di Lapang Sasar MAWILLA 1 di Tanjung Gelang di sini hari ini. Seramai 123 daripada 257 pelatih lelaki PLKN 3.0 Siri 2/2025 yang mengikuti program selama 45 hari di Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, berpeluang menjalani latihan menembak itu. Foto Bernama

JELI: Kementerian Pertahanan (MINDEF) sedang mengenal pasti punca kegagalan 206 peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 mendaftar diri pada Mei lepas, sama ada disebabkan faktor kesihatan atau komitmen pekerjaan.

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata peserta yang terlibat adalah terikat dengan Akta Khidmat Negara 2003.

“Kita akan buat penilaian secara menyeluruh, termasuk meneliti alasan membabitkan aspek kesihatan dan penglibatan peserta dalam pekerjaan.

“Kita mahu tahu punca sebenar kegagalan mendaftar kerana kaedah yang digunakan bukan hanya dengan memberi makluman tetapi kita turut berhubung secara langsung dengan mereka yang terlibat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Veteran Desa MADANI Jajahan Jeli di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Rual di sini hari ini.

Adly berkata, pihaknya sedang menunggu laporan daripada jawatankuasa PLKN termasuk pembentangan oleh Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) berkaitan alasan dan senarai nama peserta terlibat. 

Menurutnya, meskipun terdapat peruntukan undang-undang yang boleh digunakan terhadap mereka kementerian tetap akan menilai secara keseluruhan terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan lanjut.

“Jika tiada pilihan lain, barulah kita menggunakan peruntukan undang-undang bagi tujuan mendisiplinkan mereka,” katanya.

Di bawah Seksyen 18(1), Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628), peserta yang gagal mendaftar dalam tempoh ditetapkan boleh dirujuk ke Bahagian Undang-Undang.

Sementara itu, mengenai penglibatan Orang Asli dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM), khususnya sebagai askar wataniah, Adly berkata penyertaan mereka masih rendah.

Justeru, pihaknya akan memperluas pelaksanaan program kesedaran di perkampungan Orang Asli, yang sebelum ini tertumpu di Perak dan seterusnya ke Kelantan khususnya di kawasan Gua Musang dan Jeli.

“Walaupun tiada angka sasaran ditetapkan, kita yakin jumlah penyertaan akan meningkat menjelang akhir tahun ini sekiranya program kesedaran terus dilaksanakan,” katanya.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sebab harga daging di Sarawak tinggi – Abang Johari
Next: Kesan ganja dalam gula-gula Haribo bukan berlaku semasa pengeluaran pengilang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.