Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Milton Foo nasihat mangsa supaya tidak mengalah kepada along
  • TEMPATAN

Milton Foo nasihat mangsa supaya tidak mengalah kepada along

Utusan Sarawak 3 hours ago
Milton Foo menunjukkan mangsa menerima video daripada along yang memaparkan sebuah rumah dibakar.

KUCHING: Ketua Biro Aduan Awam SUPP, Milton Foo menasihatkan mangsa pinjaman along agar tidak tunduk kepada tuntutan mereka kerana tindakan itu hanya akan membawa kepada gangguan berterusan dan bayaran tambahan sepanjang hayat.

Foo menegaskan bahawa sindiket along tidak akan berhenti selepas menerima bayaran pertama. Sebaliknya, mereka akan terus membuat tuntutan apabila menyedari mangsa sudah berada dalam kawalan mereka.

Beliau merujuk kepada kes seorang ibu muda, Chong, yang diminta membayar RM500 bagi hutang yang dilakukan oleh bekas suaminya. Menurut Foo, sekiranya Chong membuat bayaran itu, lebih banyak ugutan dan pemerasan akan menyusul.

Foo memuji keberanian Chong yang enggan membayar dan sebaliknya membuat laporan polis. “Hutang tersebut bukan miliknya, malah bekas suami sudah tujuh tahun tidak berhubung. Along tidak sepatutnya mensasarkan individu yang tidak bersalah,” katanya.

Beliau turut menggesa pihak berkuasa menyiasat kes berkenaan kerana mangsa mempunyai nombor telefon gengster terbabit. Chong dilaporkan bimbang akan keselamatan dua anaknya yang berusia empat dan lapan tahun.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: BiTF 2025 angkat warisan tekstil Borneo ke pentas dunia
Next: Ibu diugut ceti haram akan diculik, dipaksa jadi pelacur di Kemboja

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.