Miliki syabu 0.15 gram, lelaki 20 tahun ditahan

Facebook
WhatsApp
SEORANG lelaki berusia 20 tahun ditahan selepas polis menemui satu paket plastik mengandungi dadah disyaki syabu dalam operasi di Bau.

BAU: Polis menahan seorang lelaki berusia 20 tahun selepas menemui satu paket plastik mengandungi 0.15 gram dadah disyaki syabu di Simpang Jalan Kampung Kaman, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintenden Mohd Haide A Rahman, berkata suspek ditahan kira-kira jam 1.50 petang dalam Op Bersepadu Pencegahan Jenayah dan Op Waran Tangkap yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Bau bersama anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau.

“Pemeriksaan mendapati suspek memiliki satu paket plastik lutsinar yang mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu. Suspek ditahan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, saringan awal air kencing terhadap suspek turut mendapati dia positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Suspek kemudian ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

Polis turut merampas 0.15 gram dadah disyaki syabu yang dianggarkan bernilai RM15.

Suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Bau dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Bau esok bagi permohonan reman.

Oleh Connie Chieng

Polis buru suspek samun bank di Bintulu

BINTULU: Polis sedang menjalankan siasatan bagi mengesan suspek yang terlibat dalam kejadian samun di sebuah bank di daerah ini kira-kira