Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Miliki 0.41 gram syabu, lelaki tempatan dicekup polis
  • JENAYAH

Miliki 0.41 gram syabu, lelaki tempatan dicekup polis

Utusan Sarawak 3 hours ago
SEORANG lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki memiliki 0.41 gram dadah jenis syabu dalam satu operasi di Kampung Sebobok.

KUCHING: Polis Bau menahan seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun dalam satu operasi berkaitan pemilikan dan penyalahgunaan dadah di Kampung Sebobok, hari ini.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintenden Mohd Haide A Rahman berkata, tangkapan dibuat sekitar 12.50 tengah hari di sebuah pondok di kampung berkenaan oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Bau.

“Hasil pemeriksaan mendapati satu peket plastik lutsinar mengandungi bahan berbentuk kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 0.41 gram dengan anggaran nilai RM50,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, suspek yang bekerja sebagai buruh binaan dan menetap di Kampung Sebobok ditahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah.

Ujian saringan awal air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Susulan itu, suspek turut ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana penyalahgunaan dadah,” katanya sambil menambah bahawa suspek mengaku kali terakhir mengambil dadah sehari sebelum ditangkap.

Suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Bau dan pihak polis akan memohon perintah reman esok bagi membantu siasatan lanjut.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Tiga tangkapan kes dadah di Lawas
Next: 53 warga asing ditahan dalam operasi Imigresen bersepadu di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.