Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • MIDF saran pelabur terima tawaran Felda ambil alih FGV
  • BISNES

MIDF saran pelabur terima tawaran Felda ambil alih FGV

Utusan Sarawak 3 days ago
MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF) mengesyorkan agar pelabur menerima tawaran Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bagi mengambil alih semua baki saham dalam FGV Holdings Bhd (FGV).

KUALA LUMPUR: MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF) mengesyorkan agar pelabur menerima tawaran Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bagi mengambil alih semua baki saham dalam FGV Holdings Bhd (FGV).

Dalam nota penyelidikannya hari ini, bank pelaburan itu berkata harga tawaran RM1.30 sesaham mewakili premium 12 peratus ke atas anggaran nilai wajar pada RM1.16.

“Perlu diingat, Felda dan pihak yang bertindak secara bersama (PAC) secara kolektif memegang kira-kira 86.93 peratus daripada jumlah saham terbitan FGV.

“Oleh itu, tawaran RM1.30 sesaham – sama seperti yang dibuat pada 2020, bertujuan menaikkan pegangan mereka kepada sekurang-kurangnya 90 peratus yang akan membolehkan Felda mengeluarkan FGV (dinyahsenarai),” katanya.

MIDF berkata pada masa ini, saham itu dinilai pada 16.7 kali nisbah harga kepada keuntungan (PER) berdasarkan unjuran pendapatan tahun kewangan 2025 bagi sesaham sebanyak 7.6 sen yang juga 8.6 peratus di bawah purata PER FGV sebanyak 18.3 kali.

“Jika penilaian sebaliknya berdasarkan pendapatan tahun kewangan 2024, PER adalah 17.2 kali.

“Walaupun sejarah dan unjuran ke hadapan PER adalah jauh lebih rendah berbanding purata lima tahun FGV iaitu 21.7 kali dan ketinggalan berbanding penilaian sektor, kami melihat ini sebagai penanda aras yang adil memandangkan unjuran bercampur-campur mengenai syarikat itu,” katanya.

MIDF juga menyifatkan rasional pengambilalihan itu hanya mengukuhkan lagi objektif Felda untuk penswastaan penuh FGV dan menyatukan pemilikan serta kawalan strategiknya ke atas kumpulan berkenaan.

“Felda telah jelas menyatakan hasratnya untuk tidak mengekalkan status penyenaraian FGV setelah tawaran tersebut diselesaikan. Jika Felda dan PAC mencapai ambang pemilikan 90 peratus, Bursa Malaysia akan menggantung dagangan saham FGV dalam tempoh lima hari dagangan dan disusuli dengan proses penyahsenaraian dimulakan mengikut keperluan penyenaraian Bursa.

“Jika penswastaan itu berjaya dilakukan, ini akan memperkemas penyeliaan operasi Felda, menyelaraskan hala tuju strategik FGV dengan kepentingan nasional lebih luas selain berpotensi membuka nilai jangka panjang menerusi peningkatan kecekapan dan penjajaran lebih baik di seluruh peringkat kumpulan,” katanya.– Bernama

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini
Next: Sime Darby catat untung bersih, pendapatan dan perolehan lebih rendah pada suku ketiga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.