Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Michael Tiang raikan Aidiladha bersama komuniti Muslim di Sibu
  • Tengah
  • WILAYAH

Michael Tiang raikan Aidiladha bersama komuniti Muslim di Sibu

Utusan Sarawak 12 hours ago
DATUK Michael Tiang Ming Tee melapah daging korban semasa lawatannya ke Surau Darul Taqwa di Rejang Park dan Masjid Darul Fidraus di Jalan Apollo, semalam.

SIBU: Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee meraikan sambutan Aidiladha bersama komuniti Muslim tempatan menerusi lawatan ke Surau Darul Taqwa, Rejang Park dan Masjid Darul Fidraus, Jalan Apollo, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan itu disambut mesra oleh jemaah Surau Darul Taqwa, di mana beliau turut menyertai sambutan Hari Raya Korban dan menyumbangkan seekor lembu bagi tujuan ibadah korban.

Dalam lawatan tersebut, beliau meluangkan masa beramah mesra dan berdialog dengan para jemaah bagi meneliti keperluan serta kebajikan surau tersebut.

Tiang turut memaklumkan mengenai pelbagai inisiatif kebajikan yang disediakan kepada penduduk di kawasan Pelawan termasuk sumbangan perkahwinan dan kelahiran bayi.

Beliau kemudiannya meneruskan lawatan ke Masjid Darul Fidraus dan turut menyumbangkan seekor lembu bagi pelaksanaan ibadah korban di situ.

Sebagai tanda komitmen terhadap kebajikan komuniti Muslim setempat, Tiang turut mengumumkan kesediaan untuk membantu dalam pemasangan sistem penghawa dingin di masjid berkenaan.

Menurut beliau, perayaan seperti Aidiladha bukan sahaja mengangkat nilai keagamaan, malah menjadi wadah mengeratkan hubungan antara masyarakat berbilang kaum.

“Perayaan ini bukan sekadar ibadah, tetapi juga peluang untuk mengeratkan hubungan sesama masyarakat serta memahami keperluan setiap penduduk,” katanya.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: LAKIKR diberi permit jalankan kajian stok karbon oleh Jabatan Hutan
Next: 25 masjid, 6 surau di Tanjong Manis terima peruntukan korban RM84,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.