Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Michael Tiang komited bangunkan arena perlumbaan RC di Sibu
  • SUKAN

Michael Tiang komited bangunkan arena perlumbaan RC di Sibu

Utusan Sarawak 5 hours ago
RAKAM KENANGAN… Datuk Michael Tiang (tengah) merakam kenangan bersama peserta dan jawatankuasa penganjur ‘RC 1/8 GT Nitro Championship 2025’ di Sungai Merah Times Square (Litar RC Sibu).

SIBU: Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee memberikan komitmen penuh terhadap pembangunan jangka panjang arena perlumbaan kereta kawalan jauh (RC) di sini.

Tiang berkata beliau telah lama menyimpan hasrat untuk membantu menaik taraf kawasan tersebut menjadi destinasi yang lebih meriah dan mesra kepada penggemar hobi serta pelawat.

“Sebagai ADUN di kawasan ini, saya sentiasa mempunyai cita-cita untuk membantu menaik taraf tempat ini agar menjadi lebih baik.

“Lebih baik dan terus menjadi lebih baik. Kerana kita menerima ramai kunjungan daripada rakan-rakan dari luar, maka kita juga perlu menjadi lebih baik.

“Supaya apabila mereka datang, mereka boleh berkata: “Hei, Sibu memang hebat!,” katanya ketika berucap pada pusingan akhir ‘RC 1/8 GT Nitro Championship 2025’ di Sungai Merah Times Square (Litar RC Sibu) kelmarin.

Sambil menzahirkan penghargaan kepada pihak penganjur, khususnya pengerusi kelab, Francis Ling dan pasukannya, Tiang memuji dedikasi mereka dalam mempromosikan perlumbaan RC sebagai sebuah hobi yang serius dan aktiviti kemasyarakatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan itu turut menekankan potensi sukan itu dalam memupuk minat golongan muda terhadap bidang mekanikal dan teknologi.

“Saya mahu lebih ramai orang, terutamanya anak-anak muda Sibu, untuk menceburi hobi ini. Ia adalah cara yang baik untuk mencetuskan minat dalam kemahiran mekanikal dan teknologi,” ujar beliau.

Bagi menyokong aktiviti yang sedang berjalan, Tiang mengumumkan peruntukan geran sebanyak RM10,000 kepada pihak penganjur.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa usaha menaik taraf jangka panjang yang bermakna memerlukan perancangan dan penyelarasan yang lebih baik.

“Saya masih menunggu pelan induk daripada anda,” katanya yang ditujukan kepada jawatankuasa penganjur.

“Apabila ia sudah ada, saya boleh membantu membawa masuk projek untuk menjadikan tempat ini kelihatan lebih baik dan menjadi sebuah ruang yang seronok untuk anda kunjungi berulang kali,” katanya lagi.

Sementara itu, kejohanan selama dua hari anjuran Swan Radio Control Club (SRCC) itu berjaya menarik penyertaan seramai 25 peserta yang dibahagikan kepada tiga kumpulan.

Para pelumba hadir dari pelbagai kawasan termasuk Sibu, Kuching, Saratok, Miri, Semenanjung Malaysia serta Brunei Darussalam.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Sivasangari bermula goyah kempen Final Jelajah PSA 2024/2025
Next: D1 Racing harumkan nama Sarawak di pusingan ketiga Superbike GP Pro MSF 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.