Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Michael Kong gesa tindakan segera atasi longkang terbiar di Lorong 10 Jalan Semaba
  • TEMPATAN

Michael Kong gesa tindakan segera atasi longkang terbiar di Lorong 10 Jalan Semaba

Utusan Sarawak 4 hours ago
MICHAEL Kong menunjukkan keadaan longkang yang didakwa tidak diselenggara dan ditumbuhi rumput serta semak samun di Lorong 10, Jalan Semaba.

KUCHING: Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen Stampin, Michael Kong Feng Nian, menggesa Majlis Perbandaran Padawan (MPP) mengambil tindakan segera terhadap keadaan longkang di Lorong 10, Jalan Semaba yang didakwa terbiar serta ditumbuhi rumput dan semak samun.

Selepas melakukan lawatan ke kawasan tersebut baru-baru ini, beliau berkata keadaan longkang yang dipenuhi tumbuhan liar menimbulkan persoalan mengenai keberkesanan kerja penyelenggaraan yang dijalankan oleh kontraktor yang dilantik oleh majlis.

“Tidak memadai jika kontraktor hanya memotong rumput di bahu jalan tetapi mengabaikan longkang. Penyelenggaraan yang baik perlu merangkumi pembersihan dan penjagaan sistem perparitan bagi memastikan aliran air berjalan lancar,” katanya.

Menurut beliau, MPP perlu memastikan kontraktor melaksanakan tugas secara menyeluruh dan mengikut piawaian yang ditetapkan memandangkan dana awam digunakan bagi kerja-kerja penyelenggaraan tersebut.

Beliau berkata, penduduk di sekitar Jalan Semaba sering berdepan masalah banjir kilat ketika hujan lebat, dan keadaan longkang yang tidak diselenggara dengan baik hanya akan meningkatkan risiko berkenaan.

“Walaupun cuaca ketika ini agak kering, musim hujan pasti akan kembali. Inilah masa yang sesuai untuk melaksanakan kerja penyelenggaraan pencegahan. Menunggu sehingga banjir berlaku sebelum bertindak bukanlah pendekatan yang cekap atau bertanggungjawab,” katanya.

Sehubungan itu, Kong menggesa MPP supaya segera memeriksa keadaan longkang di Lorong 10, Jalan Semaba serta mengamalkan pendekatan yang lebih proaktif dalam penyelenggaraan sistem perparitan.

“Matlamat utama adalah untuk mencegah banjir daripada berlaku, bukannya hanya bertindak selepas penduduk terjejas,” katanya.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Perkim Lawas bakal miliki bangunan pejabat sendiri dalam perkemas program keagamaan, kemasyarakatan dan kebajikan di Lawas
Next: Soo Tien Ren berundur sebagai Ketua DAPSY Stampin, Sylverster Lim Kai Bin ambil alih kepimpinan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.