Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Michael Kong gesa projek tebatan banjir di Jalan Mendu dipercepat susulan kelewatan
  • Selatan
  • WILAYAH

Michael Kong gesa projek tebatan banjir di Jalan Mendu dipercepat susulan kelewatan

Utusan Sarawak 4 hours ago
BIMBANG… Michael Kong Feng Nian, menyuarakan kebimbangan terhadap kelewatan berpanjangan projek tebatan banjir di Jalan Mendu yang kini telah melepasi tarikh siap asal lebih tiga bulan.

KUCHING: Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen, Michael Kong Feng Nian, menyuarakan kebimbangan terhadap kelewatan berpanjangan projek tebatan banjir di Jalan Mendu yang kini telah melepasi tarikh siap asal lebih tiga bulan.

Menurut Kong, projek tersebut bermula pada 10 Oktober 2025 dan dijadualkan siap pada 9 Februari ini. Namun, sehingga kini masih belum terdapat tanda projek itu akan disiapkan dalam masa terdekat.

“Apa yang lebih mengecewakan ialah dalam banyak keadaan, tapak projek kelihatan dibiarkan tanpa sebarang kerja dijalankan oleh kontraktor. Ini menimbulkan persoalan serius mengenai tahap pemantauan dan penguatkuasaan oleh Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) terhadap kemajuan projek tersebut,” katanya.

Beliau berkata kelewatan berpanjangan itu telah menyebabkan kesulitan besar kepada orang awam, khususnya pengguna jalan raya yang menggunakan laluan berkenaan setiap hari.

“Aliran trafik terjejas selama berbulan-bulan dan pengguna jalan raya terus berdepan kesesakan serta gangguan yang tidak sepatutnya akibat kelembapan kerja,” katanya.

BIMBANG… Michael Kong Feng Nian, menyuarakan kebimbangan terhadap kelewatan berpanjangan projek tebatan banjir di Jalan Mendu yang kini telah melepasi tarikh siap asal lebih tiga bulan.

Kong turut membangkitkan isu keselamatan di tapak projek yang didakwa kurang pencahayaan pada waktu malam selain papan tanda amaran yang tidak mencukupi dan pengurusan trafik yang tidak jelas.

“Beberapa kemalangan kenderaan telah berlaku di kawasan ini disebabkan keadaan tapak yang berbahaya. Perkara ini tidak boleh diterima kerana keselamatan awam tidak sepatutnya dikompromi,” tegasnya.

Beliau menggesa MBKS mengambil tanggungjawab penuh terhadap kelewatan projek itu dan segera memastikan kontraktor mempercepatkan kerja tanpa sebarang alasan lagi.

“Orang awam tidak sepatutnya terus menanggung kesusahan akibat ketidakcekapan dan kurangnya rasa segera dalam menangani isu ini,” katanya.

Kong turut berkata kontraktor perlu dipertanggungjawabkan atas kelewatan tersebut termasuk sebarang kerugian, kerosakan atau kemalangan yang dialami pengguna jalan raya akibat penyelenggaraan tapak yang lemah, pencahayaan tidak mencukupi dan papan tanda yang tidak jelas.

“Projek tebatan banjir sepatutnya meningkatkan kesejahteraan rakyat, bukannya mewujudkan ketidakselesaan berpanjangan serta risiko keselamatan kepada orang awam. Tindakan segera mesti diambil untuk menyelesaikan isu ini,” katanya lagi.

Oleh Connie Chieng

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bicara Santai perkukuh penghayatan agama saudara kita di Matu Daro

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.