Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Michael Kong gesa penggantian segera paip air usang di Olive Garden
  • TEMPATAN

Michael Kong gesa penggantian segera paip air usang di Olive Garden

Utusan Sarawak 5 hours ago
PAIP pecah di Taman Olive .

KUCHING: Pembantu Khas kepada ADUN Padungan, Chong Chieng Jen, Michael Kong menggesa Sarawak Water supaya segera menggantikan rangkaian paip air usang di Olive Garden, Batu 7 susulan satu lagi kejadian paip pecah di kawasan tersebut semalam.

Menurut Kong, kejadian terbaharu itu merupakan insiden keenam paip pecah yang dilaporkan di kawasan berkenaan sepanjang tahun ini, sekali gus menyebabkan gangguan bekalan air berulang kepada penduduk dan premis perniagaan.

Katanya, kejadian kebocoran dan paip pecah yang kerap berlaku telah menimbulkan kesulitan besar kepada penduduk selain menjejaskan rutin harian mereka.

“Jelas sekali rangkaian paip air sedia ada di Olive Garden tidak lagi mampu menampung permintaan semasa serta tekanan air akibat pertambahan penduduk di kawasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Kong berkata, kejadian berulang itu menjadi petunjuk jelas bahawa paip berkenaan telah mencapai penghujung jangka hayat operasinya.

Beliau menegaskan bahawa kerja menampal dan membaiki bahagian tertentu setiap kali berlaku paip pecah bukanlah penyelesaian praktikal untuk jangka panjang.

“Malah, kerja pembaikan berulang hanya akan terus meningkatkan kos, menyusahkan orang ramai serta membazirkan sumber dalam tempoh panjang,” katanya.

Beliau berkata, penggantian keseluruhan rangkaian paip air di kawasan itu tidak dapat dielakkan dan mempersoalkan mengapa masih berlaku kelewatan dalam melaksanakan pelan penggantian menyeluruh walaupun keperluannya sudah jelas.

Kong turut menggesa Sarawak Water mengambil tindakan segera dan proaktif sebelum keadaan menjadi lebih buruk.

“Penyelesaian jangka panjang yang menyeluruh diperlukan dan bukannya pembaikan sementara setiap kali berlaku paip pecah,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa usaha mengurangkan kadar non-revenue water (NRW) perlu diberi keutamaan kerana kebocoran dan kejadian paip pecah yang kerap menyebabkan pembaziran besar sumber air terawat selain menjejaskan kecekapan operasi dan keyakinan awam.

“Penduduk Olive Garden dan Batu 7 berhak menikmati sistem bekalan air yang stabil dan boleh dipercayai. Saya menggesa Sarawak Water supaya bertindak segera dan serius bagi menyelesaikan isu ini sekali dan untuk selamanya,” katanya.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Abang Johari
Next: Wilfred Yap tekankan perpaduan, pertahan hak Sarawak di bawah MA63

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.