Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Michael Kong gesa MBKS segera selesaikan isu lurang tersumbat di Lorong BDC A5
  • TEMPATAN

Michael Kong gesa MBKS segera selesaikan isu lurang tersumbat di Lorong BDC A5

Utusan Sarawak 2 hours ago
MICHAEL Kong melihat lubang lurang yang tersumbat.

KUCHING: Pembantu khas kepada Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen, Michael Kong Feng Nian, menggesa Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) supaya segera mengambil tindakan berhubung isu lurang saliran tersumbat di Lorong BDC A5.

Kong berkata seorang penduduk telah membuat aduan mengenai lurang tersumbat yang terletak di belakang rumahnya sejak hampir dua tahun lalu, namun sehingga kini tiada tindakan berkesan diambil oleh MBKS untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Beliau menyifatkan kelewatan berpanjangan itu sebagai tidak boleh diterima, lebih lebih lagi melibatkan isu infrastruktur awam asas yang memberi kesan langsung terhadap keadaan hidup penduduk.

Menurut beliau, perkara itu sebelum ini telah dibangkitkan melalui talian hotline MBKS dan juga aplikasi MBKS iPeople, namun tiada tindakan susulan diambil walaupun penduduk telah mengikut saluran aduan yang betul.

Katanya lagi, aduan tersebut kemudiannya turut disalurkan melalui Talikhidmat, tetapi isu itu sekali lagi dialihkan dengan alasan bahawa sumbatan tersebut berpunca daripada saluran paip dalaman persendirian milik penduduk dan penduduk diminta mendapatkan khidmat tukang paip sendiri.

“Namun penjelasan tersebut tidak selaras dengan keadaan sebenar di lokasi,” katanya.

Semasa lawatan tapak dijalankan, Kong mendapati lurang berkenaan dipenuhi air. Lebih membimbangkan, dua lagi lurang berhampiran turut didapati dipenuhi sebahagian air walaupun keadaan cuaca ketika ini panas dan kering.

“Ini jelas menunjukkan terdapat sumbatan dalam sistem saliran belakang lorong milik majlis dan bukannya masalah terpencil melibatkan paip persendirian,” katanya.

Kong menegaskan bahawa sebarang sumbatan dalam sistem saliran belakang lorong terletak di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab MBKS.

“Lorong belakang dan infrastruktur saliran berkaitan telah diserahkan oleh pemaju kepada pihak majlis. Oleh itu, sebarang paip yang berada di luar sempadan rumah adalah di bawah tanggungjawab penyelenggaraan MBKS,” jelasnya.

Beliau berkata isu tersebut jelas merupakan masalah penyelenggaraan saliran awam yang memerlukan campur tangan segera daripada MBKS.

“Kegagalan mengambil tindakan selama hampir dua tahun amat membimbangkan. Penduduk tidak sepatutnya terus menanggung kesulitan berpanjangan, keadaan tidak bersih serta risiko kesihatan akibat masalah saliran yang tidak diselesaikan, lebih lebih lagi apabila aduan berulang kali telah dibuat melalui semua saluran rasmi,” katanya.

Beliau turut menggesa MBKS menjalankan siasatan menyeluruh terhadap sistem saliran di Lorong BDC A5 serta melaksanakan kerja pembersihan dan pembaikan yang diperlukan tanpa berlengah lagi.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Hari Gawai: Mempertahankan warisan dalam arus pemodenan
Next: Kesedaran simpanan awal korban dalam kalangan masyarakat Islam semakin meningkat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.