Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Michael Kong desak MPP bertindak segera
  • TEMPATAN

Michael Kong desak MPP bertindak segera

Utusan Sarawak 3 weeks ago

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) menerima kritikan berikutan kejadian runtuhan pagar di sepanjang Jalan Kung Phin, yang dipercayai berpunca daripada sistem saliran yang terabai.

Insiden ini menimbulkan kebimbangan serius berhubung keselamatan awam dan tahap penyelenggaraan infrastruktur oleh pihak berkuasa tempatan.

Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen Stampin, Michael Kong Feng Nian, menegaskan bahawa insiden itu menunjukkan keperluan mendesak bagi MPP memainkan peranan yang bertanggungjawab dalam menyelenggara longkang tanah.

“Baru-baru ini, sebahagian pagar utama sebuah hartanah di sepanjang Jalan Kung Phin telah runtuh.

“Selepas kejadian itu, wakil pemilik hartanah segera menghubungi Pengerusi MPP, Tan Kai,” kata Kong dalam satu kenyataan media.

Menurut Kong, pemilik hartanah telah menyatakan kesediaan untuk menanggung sepenuhnya kos pembinaan semula pagar tersebut, namun turut memohon agar longkang tanah sedia ada dinilai, dan dinaik taraf kerana dipercayai menjadi punca hakisan tanah.

“Permintaan ini adalah munasabah dan bertujuan mencegah kerosakan lanjut

“Malangnya, Tan Kai dilihat cuba melepaskan tanggungjawab dengan mengalihkan isu ini kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan, Lo Khere Chiang,” tambahnya.

Kong menyifatkan maklum balas itu sebagai “sangat tidak bertanggungjawab”, memandangkan penyelenggaraan infrastruktur awam, termasuk longkang tanah, adalah di bawah bidang kuasa majlis tempatan.

“Adalah menjadi tanggungjawab MPP untuk menyelenggara dan menaik taraf infrastruktur seperti ini, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan keselamatan awam serta harta persendirian.

“Kelewatan hanya akan meningkatkan risiko kerosakan struktur dan bahaya kepada penduduk,” katanya.

Kong turut mengkritik pendirian tidak konsisten Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dalam isu berkenaan.

“Malah, Wilfred Yap dari SUPP sebelum ini pernah menasihatkan orang awam supaya berurusan dengan agensi kerajaan yang sewajarnya seperti majlis tempatan, dan bukan melalui wakil rakyat.

“Tetapi apabila penduduk mengikut nasihat itu, mereka tetap dinafikan hak. Ini menunjukkan kegagalan MPP untuk berfungsi secara telus dan bertanggungjawab,” tegasnya.

Sehubungan itu, Kong menggesa MPP untuk segera menjalankan pemeriksaan dan menaik taraf sistem saliran di sepanjang Jalan Kung Phin bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.

“Kami menyeru agar MPP melaksanakan tanggungjawabnya kepada rakyat sebelum berlaku lebih banyak kerosakan dan bahaya,” kata Kong.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kompleks JPJ baharu akan dibina di Limbang – Hasbi
Next: Kompleks baharu JPJ Sarikei dirasmi, lengkap dengan kuarters

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.